Hindia Timur Belanda

Hindia Timur Belanda
هينديا تيمور بلندا
Hindia-Belanda (Indonesia) Nederlands-Indië (Belanda)
1800–1949
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Wilhelmus" (Belanda)
"'William"
Peta Hindia Belanda Timur menunjukkan peluasan wilayahnya dari tahun 1800 hingga sebelum pendudukan Jepun pada 1942.
StatusTanah jajahan Belanda
Ibu negaraBatavia
Bandar terbesarSoerabaia
Bahasa rasmiBelanda
Bahasa yang umum digunakanMelayu (lingua franca)
Jawa
Cina
Bahasa peribumi/asli Indonesia
KerajaanPentadbiran kolonial
Gabenor-Jeneral 
Sejarah 
• Syarikat Hindia Timur Belanda
1603 hingga 1800
• Didirikan
1 Januari 1800
1949
• Pengakuan Belanda pada kedaulatan Indonesia
27 Disember 1949
Mata wangGulden Hindia Belanda
Didahului oleh
Diganti oleh
Syarikat Hindia Belanda Timur
Kerajaan Nusantara pra-penjajahan
Negeri-negeri Selat
Penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun
Republik Indonesia Serikat
Nugini Belanda
Sekarang sebahagian dari Indonesia,  Malaysia
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"

Hindia Timur Belanda atau Hindia Belanda (Tulisan Jawi: هينديا تيمور بلندا; Belanda: Nederlands-Indië) adalah sebuah tanah jajahan Belanda yang menjadi Indonesia yang moden selepas Perang Dunia Kedua. Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka Belanda kepada Britain, yang sebelumnya menjadi gabenor Hindia Belanda. Ini telah menyatukan pemerintahan zaman moden kepada negeri Melaka, Malaysia. Hindia Timur Belanda terbentuk dari pemiliknegaraan tanah-tanah jajahan bekas Syarikat Hindia Timur Belanda di bawah pentadbiran negara Belanda pada tahun 1800. Sepanjang abad ke-19, segala jajahan dan penguasaan Belanda di kepulauan ini diperluaskan sehingga mencapai takat terluasnya pada awal abad ke-20. Selepas diduduki oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, para pejuang kemerdekaan di Hindia Timur ini mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Selepas itu dan sebagai kesan Revolusi Nasional Indonesia, Belanda akhirnya mengiktiraf kedaulatan Indonesia pada Disember 1949.