Sungai Dua
Sungai Dua merupakan sebuah bandar universiti di suburb Glugor, George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di kawasan timur Bandaraya George Town. Bandar yang paling hampir dengan Sungai Dua ialah Gelugor. Nama Sungai Dua ini diambil kerana ia terletak di antara dua batang sungai lalu dinamakan Sungai Dua. Populasi penduduknya berkembang selepas pembukaan USM (Universiti Sains Malaysia) pada 1969. Tapak asal USM ialah berek tentera British dan berkhidmat sebagai kem pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Majoriti penduduk awal ialah Cina Hokkien.
Kebanyakan pelajar USM dari luar Pulau Pinang menjana pertumbuhan dan penambahan populasi penduduk di Sungai Dua. Secara terkini, Sungai Dua merupakan sebuah bandar yang sedang dibangunkan dan kemudahan infrastruktur yang canggih serta tapak perumahan. Restoran yang beroperasi 24 jam dan kedai runcit dan apartmen banyak tingkat turut bertambah di kawasan ini. Cawangan pusat membeli belah besar iaitu TESCO extra (lebih dikenali sebagai Makro) dibuka (21 Mei 2007) di Sungai Dua sebagai keperluan semasa kepada masyarakat setempat. Restoran makanan segera seperti McDonald's, KFC, Pizza Hut, dan Baskin Robins turut membuka cawangannya di Sungai Dua.