Ekonomi Pulau Pinang
| Ekonomi Pulau Pinang | |
|---|---|
Pemandangan latar langit George Town di Daerah Pusat Perniagaan | |
| Mata wang | Ringgit Malaysia (MYR) |
| Perangkaan | |
| KDNK |
|
| Pertumbuhan KDNK | ▲ 3.3% (2023) |
| KDNK per kapita | ▲ $15,918 (2023) |
| KDNK mengikut sektor |
|
| Inflasi (CPI) | 2.3% (2023) |
| Populasi dibawah garis kemiskinan | Tiada data |
| Pekali Gini | 0.371 (2022) |
| Tenaga buruh mengikut pekerjaan |
|
| Pengangguran |
|
| Ked. Kemudahan Menjalankan Perniagaan | ▬ Ke-2 (sangat mudah, 2020) |
| Dagangan antarabangsa | |
| Eksport | ▲ $111 bilion (2024) |
| Barangan yang dieksport |
|
| Rakan dagangan eksport utama |
|
| Import | ▲ $65.7 bilion (2024) |
| Barangan yang diimport |
|
| Rakan dagangan import utama |
|
| Saham FDI | ▲ $13.4 bilion (2023) |
| Kewangan awam | |
| Hutang awam | RM41.1 juta (2022) |
| Hasil negara | RM595.1 juta (2022) |
| Perbelanjaan | RM755.0 juta (2022) |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting | |
Ekonomi Pulau Pinang diklasifikasikan sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dan merupakan ekonomi terbesar kelima di Malaysia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada tahun 2023, Pulau Pinang menyumbang 7.6% kepada KDNK Malaysia. Negeri ini mempunyai KDNK per kapita RM72,586 (US$15,918), yang merupakan ketiga tertinggi di negara ini selepas Kuala Lumpur dan Labuan, melepasi ambang Bank Dunia untuk ekonomi berpendapatan tinggi.
Walaupun merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia mengikut keluasan tanah, Pulau Pinang adalah salah satu kuasa ekonomi paling maju di negara ini. Ia mempunyai ekonomi yang berasaskan sektor tertiari yang dipacu oleh perkhidmatan dan pembuatan. Pulau Pinang dikenali sebagai destinasi pelancongan yang popular dan juga digelar Silicon Valley of the East kerana peranannya sebagai destinasi pelaburan langsung asing, menarik beratus-ratus syarikat multinasional. Selain itu, Pulau Pinang adalah negeri pengeluar utama di negara ini.