Gereja St George, Pulau Pinang
St George's Church (Gereja Santo George) ialah sebuah gereja mazhab Anglikanisme di kota George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Gereja yang dibina pada abad ke-19 ini adalah gereja Anglikan yang tertua di Asia Tenggara serta dalam pengurusan Kedekanatasan Utara Diosis Anglikan Malaysia Barat.