Jata Pulau Pinang

Jata Negeri Pulau Pinang
Butiran
JenisJata
JabaranJambatan Pulau Pinang dengan warna putih, dengan Warna Latar Kuning dengan Lautan.
Penopang/
penyokong
Pokok Pulau Pinang.
Cogan kataBersatu dan Setia.
sunting ยท sunting di Wikidata

Jata negeri Pulau Pinang di Malaysia mula diwujudkan ketika tempat tersebut merupakan suatu negeri Selat, di mana rekaan terawalnya dikurniakan Raja George VI sebagai pemerintah jajahan pada tahun 1949. Ia terdiri daripada suatu perisai berisi gambaran Jambatan Pulau Pinang di atas laut, sambil perisai tersebut dihiasi sebatang pokok pinang.

Cogan kata Bersatu dan Setia tertera di bawah perisai jata Majlis Petempatan (Settlement Council) Pulau Pinang; cogan kata ini dipakai pada tahun 1950 sebagai tindak balas kepada pergerakan kemerdekaan yang muncul dalam kalangan warga Pulau Pinang sendiri - perungkapan sedemikian merujuk kepada ketaatan kepada Kerajaan British pada ketika itu sebelum Pulau Pinang merdeka dalam Tanah Melayu.