Kek Lok Si

Kek Lok Si
極樂寺
Pagoda Kek Lok Si
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia
Kek Lok Si (Malaysia)
Info asas
LokasiAyer Itam, George Town, Pulau Pinang  Malaysia
Koordinat geografi5°23′58.29″N 100°16′25.43″E / 5.3995250°N 100.2737306°E / 5.3995250; 100.2737306
AgamaAgama Buddha
DaerahTimur Laut
Negeri Pulau Pinang
Negara Malaysia
StatusActive
Laman web[1]
Penerangan seni bina
Jenis seni binaTokong Buddha
Gaya seni binaSeni Bina Cina, Seni Bina Thai, dan Seni Bina Burma
PengasasBeow Lean
Pecah tanah pada1890
Disiapkan pada1905
Kek Lok Si
Kek Lok Si dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional極樂寺
Tulisan Cina Ringkas极乐寺
Maksud harfiah"Tokong Buddha Kebahagiaan Sempurna"

Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺Cina tradisional: 極樂寺pinyin: jílè sì) ialah sebuah tokong Buddha yang terletak di George Town dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di kawasan Air Itam, tokong Buddha ini merupakan tokong Buddha yang terbesar di Malaysia serta menjadi pusat ibadat dan ziarah penting bagi penganut Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura dan pelbagai bahagian lain di Asia Tenggara.

Keseluruhan kompleks tokong Buddha ini dibina secara berperingkat dari tahun 1890 hingga 1930, hasil inisiatif inspirasi oleh Beow Lean, seorang ketua sami. Ciri utama kompleks ini ialah Pagoda Sepuluh Ribu Buddha tujuh tingkat yang telah ditaja oleh mendiang Raja Rama VI dari Thailand. Pagoda ini menempatkan Sepuluh Ribu patung Buddha yang diperbuat daripada alabaster dan gangsa serta sebuah patung gangsa Guanyin (Kuan Yin), Dewi Penyayang, setinggi 36.57-meter (120 ka).

Konsep "Sepuluh Ribu Buddha" tersebut adalah daripada aliran Buddhisme Mahayana Cina, manakala Rama VI merupakan raja kepada sebuah negara dan tradisi Buddhisme Theravada.

Buddhisme Mahayana, Buddhisme Theravada, dan amalan ritual tradisional Cina digabungkan secara harmoni, baik dalam seni bina dan karya seni tokong Buddha mahupun dalam kegiatan harian para penganut yang beribadat di situ.