Konurbasi George Town

5°24′52″N 100°19′45″E / 5.4145°N 100.3292°E / 5.4145; 100.3292

Konurbasi George Town
Konurbasi Utara
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
 Kedah
 Perak
DaerahTimur Laut
Barat Daya
Seberang Perai Utara
Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Selatan
Kuala Muda
Kulim
Bandar Baharu
Kerian
Larut, Matang dan Selama
Bandar utama George Town
Bandar utama lain Pulau Pinang

 Kedah

 Perak

Pentadbiran
 • Kerajaan Tempatan Pulau Pinang

 Kedah

 Perak

Keluasan
 • Kawasan metropolitan2,563.15 km2 (989.64 batu persegi)
 • Metro
2,563.15 km2 (989.64 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Kawasan metropolitan2,500,000
3,000,000
 • Kepadatan941.27/km2 (2,437.9/batu persegi)
 • Metro
2,412,616
 • Kepadatan metro941.27/km2 (2,437.9/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod Kawasan42

Konurbasi George Town (Jawi: كونورباسي جورجتاون), juga dikenali sebagai Konurbasi Utara di dalam Rancangan Fizikal Negara dan Pulau Pinang Raya (Jawi: ڤولاو ڤينڠ راي; bahasa Inggeris: Greater Penang), merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak yang mempunyai penduduk melebihi 2,500,000 orang. Bandar-bandar di sekitar George Town membentuk sebuah kawasan metropolitan dengan jumlah 2.42 juta orang, menjadikan kawasan metropolitan kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur Raya. Zon Metropolitan George Town merupakan kawasan metropolitan yang menyumbang keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kedua terbanyak di Malaysia selepas Lembah Klang, iaitu kira-kira RM 52,530 juta ( tahun 2012 ) dari Pulau Pinang sahaja tanpa merangkumi daerah-daerah Kuala Muda, Kulim serta Bandar Baharu di Kedah, lebih banyak daripada zon Metropolitan Iskandar Malaysia iaitu kira-kira RM 41,274 juta ataupun 60% daripada RM68,791 juta (KDNK bagi seluruh negeri Johor tahun 2012).. Oleh itu, Zon Metropolitan George Town merupakan kawasan metropolitan yang kedua terpenting di Malaysia selepas Kuala Lumpur Raya.