Batu Maung
Batu Maung | |
|---|---|
Kejiranan dalam George Town | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 峇都茅 (Cina) Bādūmáo (Pinyin) |
| • Tamil | பத்து மாவுங் (Tamil) Pattu Māvuṅ (Transliterasi) |
Batu Maung | |
| Koordinat: 5°17′5.0994″N 100°17′14.9″E / 5.284749833°N 100.287472°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Bandar | George Town |
| Daerah | Barat Daya |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
| Poskod | 11960 |
Batu Maung ialah sebuah kawasan kediaman yang terletak di negeri Pulau Pinang dalam Malaysia. Ia terletak kira-kira 15.7 km (9.8 bt) di selatan pusat bandar George Town, bersempadan dengan Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Batu Maung menempatkan terminal pulau bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang), serta penghujung selatan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Ia juga dikelilingi beberapa perkampungan nelayan seperti Permatang Damar Laut dan Teluk Tempoyak.
Dahulunya merupakan sebuah kampung pertanian, pembangunan Batu Maung sebagai kawasan kediaman bermula pada penghujung abad ke-20. Sebahagian daripada Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas juga terletak dalam kawasan ini, di samping menempatkan ibu pejabat WorldFish Center serta sebuah pelabuhan nelayan air dalam.