Seberang Perai
Seberang Perai سبرڠ ڤراي | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Inggeris | Province Wellesley |
| • Cina | 威省 Wēi shěng (Pinyin) |
| • Tamil | செபராங் பிறை Ceparāṅ Piṟai (Transliterasi) |
Mengikut arah jam dari atas Butterworth, Design Village di Batu Kawan, Bukit Mertajam, padang padi berdekatan dengan Bukit Mertajam, RMAF Butterworth, Pelabuhan Pulau Pinang | |
Bendera Mohor | |
Seberang Perai (warna merah) di Pulau Pinang (kiri) dan Malaysia Barat (kanan) | |
| Koordinat: 5°24′N 100°28′E / 5.400°N 100.467°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Penubuhan | (<1800 adalah dibawah pemerintahan Kedah Darul Aman ) 1800 , 1867-1957 di bawah jajah perintah British , manakala selepas 1957 menjadi sebahagian daripada negeri Pulau Pinang |
| Jajahan Mahkota Inggeris | 1 April 1867 - 31 Ogos 1957 |
| Pendudukan Tentera Jepun di Malaya | 19 Disember 1941 - 3 September 1945 |
| Memperoleh status perbandaran | 15 December 1976 |
| Memperoleh status bandaraya | 16 September 2019 Hari_Malaysia |
| Pusat | Bukit Mertajam |
| Bandar | Butterworth Bukit Mertajam Jawi |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
| • Datuk Bandar | Dato' Sr. Haji Rozali Haji Mohamud |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 751 km2 (290 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | |
| • Jumlah | 818,197 |
| • Kepadatan | 1,089.5/km2 (2,822/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | Not observed |
| Kod poskod | 12xxx to 14xxx |
| Kod area | +6043, +6045 |
| Nombor plat kenderaan di Pulau Pinang | P |
| Laman sesawang | www |
Seberang Perai ialah sebuah bandar dalam negeri Pulau Pinang di Malaysia. Terletak di Semenanjung Malaysia dan dipisahkan dari Pulau Pinang oleh Selat Pulau Pinang, ia bersempadan dengan Kedah di utara dan timur serta Perak di selatan. Bandar ini meliputi kawasan seluas 748 km2 (289 bt2) dan mempunyai populasi seramai 946,092 orang setakat 2020, menjadikannya bandar ketiga terbesar di Malaysia.
Pada asalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Kedah, wilayah yang kini menempatkan bandar ini telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1800. Ia dinamakan Province Wellesley dan telah ditadbir sebagai sebahagian daripada Pulau Pinang sejak itu. Wilayah ini kemudiannya menjadi pusat kepada pertanian berasaskan tanaman kontan, sementara pembangunan bandar baharu seperti Butterworth dan Bukit Mertajam berkembang selari dengan pembinaan jalan raya dan landasan kereta api menjelang akhir abad ke-19.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, Seberang Perai menikmati limpahan pembangunan dari George Town. Pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan ketiga paling sibuk di negara ini, telah dipindahkan ke kawasan perbandaran ini pada tahun 1974, sekali gus mengukuhkan ekonomi berasaskan perindustriannya yang telah menarik pelbagai syarikat multinasional. Dua jambatan jalan raya telah dibina untuk menghubungkan Seberang Perai dengan George Town secara fizikal, melengkapi perkhidmatan feri sedia ada antara kedua-dua bandar tersebut. Penang Sentral, sebuah pembangunan berorientasikan transit yang baharu, telah mengukuhkan peranan Seberang Perai sebagai hab logistik bagi kawasan barat laut Malaysia. Selepas beberapa dekad pemodenan dan pembangunan infrastruktur yang pesat, Seberang Perai telah dianugerahkan status bandar pada tahun 2019.