Untuk Negeri Kita

Untuk Negeri Kita
Jata Negeri Pulau Pinang.

Lagu Negeri Pulau Pinang
LirikAwaluddin Zainal Alam
MuzikAwaluddin Zainal Alam
Diguna pakai1972
Sampel audio
  • fail
  • bantu

Untuk Negeri Kita (Jawi: اونتوق نڬري كيت) merupakan lagu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia dikarang sepenuhnya oleh Mantan Leftenan Kedua Allahyarham Awaluddin Zainal Alam yang menyerahkannya kepada pertandingan yang dibuat untuk memilih lagu negeri. Ia memenangi pertandingan itu pada 15 November 1972 dan diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 22 Disember tahun sama, semasa sambutan hari jadi Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah di Stadium Bandaraya di ibu negeri George Town.

Rentak gubahan lagu negeri Pulau Pinang diubah suai pada tahun 1993 daripada tempo yang lebih perlahan kepada tempo yang lebih pantas hari ini. Tindakan khusus ini yang diumumkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Koh Tsu Koon, dikatakan mencerminkan semangat dan dinamisme rakyat Pulau Pinang terhadap kemajuan negeri ini.