Batu Ferringhi

Batu Ferringhi
Suburb of George Town
Transkripsi lain
 • Cina峇都丁宜
Bā dū dīng yí (Pinyin)
 • Tamilபத்து பெரிங்கி
Pattu Periṅki (Transliterasi)
Batu Ferringhi
Lokasi dalam    George Town di    Pulau Pinang
Koordinat: 5°28′5.88″N 100°14′31.2″E / 5.4683000°N 100.242000°E / 5.4683000; 100.242000
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Bandar George Town
DaerahTimur Laut
Keluasan
 • Jumlah2.3 km2 (0.9 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah9,046
 • Kepadatan3,900/km2 (10,000/batu persegi)
Demografi
 • Kumpulan etnik
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
11100

Batu Feringghi (Bahasa Inggeris: Foreigner’s Rock) ialah sebuah kawasan peranginan utama sekali di negeri Pulau Pinang, Malaysia bersama dengan hotel-hotelnya, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town ( 5 km dari Tanjung Bungah ).

Batu Ferringhi ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang dan kira-kira 11 km (6.8 bt) ke barat laut pusat bandar, Batu Ferringhi merupakan destinasi pantai utama di Pulau Pinang dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Bagi memenuhi keperluan pengunjung, beberapa hotel bertingkat tinggi telah dibina di sepanjang jajaran pantai sepanjang 4 km (2.5 bt) ini.

Resort-resort di sepanjang pantai Batu Ferringhi turut menawarkan pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing. Pada hari yang cerah, pengunjung boleh menikmati pemandangan indah Laut Andaman dan Gunung Jerai, yang terletak dalam negeri jiran Kedah. Selain itu, Batu Ferringhi turut terkenal dengan pasar malamnya yang menawarkan pelbagai barangan serta makanan jalanan.

Aktiviti manusia di kawasan Batu Ferringhi telah direkodkan seawal tahun 1592, apabila seorang warga Inggeris, Sir James Lancaster, tiba dan mula menyerang kapal-kapal lain di sekitar Pulau Pinang. Namun, sepanjang kebanyakan sejarah moden, Batu Ferringhi hanyalah sebuah kampung nelayan yang tenang, sehinggalah proses perbandaran bermula pada tahun 1970-an.