Pulau Kendi

Pulau Kendi merupakan sebuah pulau kecil di Pulau Pinang, Malaysia terletak 3.4km dari titik penghujung barat daya pulau utama. Pulau ini dikenali kerana bentuk ia yang menyerupai kendi yang terbaring di sisi.

Pulau ini tidak berpenghuni, namun ia tetap menjadi tumpuan penggiat sukan air lasak dan pemancing rekreasi.