Taman Kebun Bunga Pulau Pinang

Taman Kebun Bunga Pulau Pinang
Inggeris: Penang Botanic Gardens
Cina: 槟城植物园
JenisTaman botani
LokasiGeorge Town, Pulau Pinang, Malaysia
Dibangunkan
1884 (1884)
StatusDibuka sepanjang tahun
sunting
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info taman dengan parameter "mapframe-marker" tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info taman dengan parameter "mapframe-zoom" tidak diketahui

Taman Kebun Bunga Pulau Pinang ialah sebuah taman botani yang terletak dalam bandar raya George Town, di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Jalan Air Terjun, taman ini turut dikenali sebagai Taman Air Terjun kerana adanya air terjun berdekatan.

Taman ini telah ditubuhkan pada tahun 1884 di tapak bekas kuari lama, di bawah seliaan Charles Curtis, yang merupakan penyelia pertama. Ini menjadikannya salah satu taman botani tertua yang dibangunkan oleh British di tanah jajahan.

Taman Kebun Bunga Pulau Pinang kini merupakan sebahagian daripada Rizab Biosfera Bukit Bendera, yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai rizab biosfera ketiga di Malaysia yang disenaraikan dalam Rangkaian Dunia Rizab Biosfera (WNBR).