Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang
City Council of Penang Island
槟岛市政厅
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan15 Disember 1976
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Ir Rajendran A/L P. Anthony (sejak 2023)
Setiausaha Bandaraya
Sr. Cheong Chee Hong
Struktur
Ahli24 orang
Moto
Memimpin Sambil Berkhidmat
Tempat persidangan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Paras 17, KOMTAR, Jalan Penang

10675 Pulau Pinang
Laman sesawang
https://www.mbpp.gov.my/ms/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya George Town, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.