Perai

Perai
ڤراي
Subbandar of Seberang Perai
Transkripsi lain
 • Cina北赖
Běi lài (Pinyin)
 • Tamilபிறை
Piṟai (Transliterasi)
Taman Inderawasih dan kawasan perumahan bertingkat di sekitar Perai
Perai
ڤراي
Lokasi dalam    Seberang Perai,    Pulau Pinang
Koordinat: 5°22′40.263″N 100°23′56.9898″E / 5.37785083°N 100.399163833°E / 5.37785083; 100.399163833
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Bandar Seberang Perai
DaerahSeberang Perai Tengah
Keluasan
 • Jumlah5.2 km2 (2.0 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah16,150
 • Kepadatan3,100/km2 (8,000/batu persegi)
Demografi
 • Etnik
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
136xx hingga 137xx

Perai ialah sebuah pinggir bandar di kawasan Seberang Perai dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di tebing selatan Sungai Perai dan bersempadan dengan Butterworth di sebelah utara.

Kawasan yang kini dikenali sebagai Perai telah diperoleh oleh Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1800, dengan Sungai Perai dijadikan sempadan antara wilayah baharu jajahan British dan negeri Kedah di utara. Sebuah landasan kereta api awal telah dibina antara Perai dan Perak pada tahun 1890-an, menjadikan Perai sebagai pusat transit untuk eksport bijih timah. Perai mula mengalami perindustrian pesat pada akhir abad ke-20.

Kini, Perai menempatkan Zon Perindustrian Bebas Perai serta kawasan perbandaran bersebelahan iaitu Seberang Jaya. Ia dihubungkan dengan Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang dan turut menempatkan beberapa kemudahan milik Pelabuhan Pulau Pinang.