Persiaran Gurney

Persiaran Gurney
新关仔角 (Cina)
Diselenggarakan olehMajlis Bandaraya Pulau Pinang
LokasiGeorge Town
Koordinat5°26′12″N 100°18′45″E / 5.436564°N 100.312556°E / 5.436564; 100.312556
Akhir Barat
Akhir Timur
Pembinaan
Pembukaan rasmi1934
PERSIARAN GURNEY
Gurney Drive10250 P. PINANG

Persiaran Gurney ialah sebuah promenad pesisir pantai yang terkenal dalam bandar raya George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Jalan ini juga masyhur dengan makanan jalanan yang boleh didapati di medan selera pesisirnya dan pernah disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 jalan terbaik di dunia untuk dilawati oleh majalah pelancongan Australia, The Traveler. Selain itu, Persiaran Gurney juga telah menjadi sebahagian daripada Daerah Pusat Perniagaan (CBD) George Town berikutan pertumbuhan pesat hartanah komersial dan pusat beli-belah.

Sebelum ini dikenali sebagai New Coast Road, jalan ini telah siap dibina pada tahun 1936 di sepanjang kawasan yang ketika itu dikenali sebagai North Beach dan dinamakan semula pada tahun 1952 sempena Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (1950–1951) yang telah dibunuh oleh gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu.

Sepanjang tahun-tahun berikutnya, pantai di sepanjang Persiaran Gurney telah banyak terhakis akibat hakisan pantai. Projek penambakan tanah di kawasan Seri Tanjong Pinang telah membalikkan proses hakisan ini, menyebabkan pemendapan lumpur dan kelodak di pesisir Gurney Drive. Anak pokok bakau telah tumbuh di kawasan lumpur ini, yang kini menjadi habitat bagi burung seperti burung cangak dan ikan belacak.

Pesisir pantai di luar Persiaran Gurney kini telah ditambak untuk pembinaan taman rekreasi awam yang dinamakan Teluk Gurney (Gurney Bay). Fasa pertama Teluk Gurney telah dibuka pada tahun 2024.