Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Intisari agensi
Dibentuk31 Ogos 1957 (1957-08-31)
Bidang kuasa
 Pulau Pinang
Ibu pejabat George Town
Belanjawan tahunanRM 1.25 bilion (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Dato' Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Anas Ahmad Zakie, Penasihat Undang-Undang Negeri
  • Sarul Bahiyah Haji Abu, Pegawai Kewangan Negeri
Agensi induk
Kerajaan Malaysia
Laman sesawang
penang.gov.my/en

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang ialah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.