Balik Pulau
Balik Pulau باليق ڤولاو | |
|---|---|
| Transkripsi Lain-lain | |
| • Cina | 浮罗山背 (Ringkas) 浮羅山背 (Tradisional) Fú luó shān bèi (Pinyin) |
| • Hokkien | Phû-lô-soaⁿ-pē |
Balik Pulau باليق ڤولاو | |
| Koordinat: 5°21′N 100°14′E / 5.350°N 100.233°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Daerah | Barat Daya Pulau Pinang |
| Bandar | George Town |
| Diasaskan | 1794 |
| Pentadbiran | |
| • Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Pulau Pinang |
| • Datuk Bandar Pulau Pinang | Yew Tung Seang |
| • Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong | Mohd Tuah Ismail (PKR) |
| • Ahli Parlimen Balik Pulau | Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR) |
| Penduduk (2010) | |
| • Jumlah | 23,559 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 11000 |
| Kod kawasan | +6048 |
| Laman sesawang | www |
Balik Pulau ialah sebuah kawasan pinggir bandar bagi George Town yang terletak dalam negeri Pulau Pinang di Malaysia. Terletak sejauh 12.7 km (7.9 bt) ke barat daya dari pusat bandar, kawasan ini berada berhampiran hujung barat daya Pulau Pinang dan juga merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Barat Daya (Pulau Pinang) di pulau tersebut.
Balik Pulau telah diasaskan pada tahun 1794 sebagai sebuah perkampungan pertanian oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sehingga kini, ekonomi Balik Pulau masih banyak bergantung kepada sektor pertanian; antara hasil keluaran paling terkenal dari Pulau Pinang seperti buah pala, cengkih dan durian ditanam dan dituai di sekitar kawasan ini. Walaupun Balik Pulau umumnya dianggap lebih tenang berbanding pusat bandar yang sibuk di sebelah timur pulau, proses pemodenan turut berkembang ke kawasan ini dalam beberapa tahun kebelakangan, dengan lebih banyak pembangunan perumahan dirancang di kawasan tersebut.