Butterworth, Pulau Pinang
Butterworth بتتروورث | |
|---|---|
Bandaraya | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 北海 Běi hǎi (Pinyin) |
| • Hokkien | 北海 Pak-hái (Tâi-lô) |
| • Tamil | பட்டர்வொர்த் Paṭṭarvort (Transliterasi) |
Butterworth بتتروورث | |
| Koordinat: 5°23′38.4354″N 100°21′59.1372″E / 5.394009833°N 100.366427000°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Daerah | Seberang Perai Utara |
| Pentadbiran | |
| • Kerajaan Tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
| • Yang di-Pertua | Rozali Mohamud |
| Aras | 8 m (26 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 80 378 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 120xx ke 134xx |
| Nombor telefon | +604 |
| Laman sesawang | mbsp |
Butterworth ialah pusat bandar bagi kawasan Seberang Perai di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 3 km (1.9 bt) ke timur George Town, ibu negeri Pulau Pinang, yang dipisahkan oleh Selat Pulau Pinang. Setakat 2020, Butterworth mempunyai jumlah penduduk seramai 80,378 orang.
Butterworth dinamakan sempena William John Butterworth, bekas Gabenor Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19. Semasa zaman British Raj, bandar ini berkembang sebagai hab pengangkutan utama disebabkan jaraknya yang dekat dengan George Town. Walaupun Syarikat Hindia Timur British pada asalnya memperoleh Seberang Perai (ketika itu dikenali sebagai Province Wellesley) untuk tujuan pertanian, Butterworth turut mengalami perindustrian pesat menjelang separuh akhir abad ke-20. Pada tahun 1974, Pelabuhan Pulau Pinang telah dipindahkan ke bandar ini.
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang menyediakan sambungan terus antara Butterworth dan George Town. Sehingga tahun setakat 2017, Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan sebanyak 1.52 juta TEU kargo, menjadikannya antara pelabuhan tersibuk di Malaysia. Selain itu, Stesen kereta api Butterworth, yang terletak bersebelahan dengan Terminal Feri Sultan Abdul Halim, merupakan stesen utama Keretapi Tanah Melayu, dengan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh KTMB dan juga Kereta Api Negera Thailand.