Tokong Kong Hock Keong
| Tokong Kong Hock Keong | |
|---|---|
| 廣福宫觀音亭 | |
Pandangan hadapan Tokong Kong Hock Keong (Kuan Im Teng) | |
| Info asas | |
| Lokasi | George Town |
| Koordinat geografi | 5°25′6.398″N 100°20′19.651″E / 5.41844389°N 100.33879194°E |
| Agama | Agama Buddha |
| Daerah | Timur Laut |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Negara | Malaysia |
| Penerangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Tokong Cina |
| Kos pembinaan | $4,000 (Dolar Sepanyol) |
| Jenis | Budaya |
| Kriteria | ii, iii, iv |
| Tarikh dimasukkan | 2008 (sesi ke-32) |
| No. Rujukan | 1223 |
| Sebahagian daripada | Zon Teras George Town UNESCO |
| Rantau | Asia Pasifik |
Tokong Kong Hock Keong (Cina: 觀音亭; Pe̍h-ōe-jī: Koan-im-têng) (juga dikenali sebagai Kuan Im Teng atau Kong Hock Keong 广福宫) merupakan sebuah tokong Cina di bandar George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Lebuh Pitt, ia mula dibina pada 1728, menjadikannya tokong Tao tertua di Pulau Pinang.
Tokong ini didedikasikan untuk Guan Yin. Walau bagaimanapun, tokong cina itu pada asalnya ditubuhkan untuk penyembahan Mazu, dewi laut.
Berikutan kemasukan etnik Cina ke George Town selepas penubuhan penempatan pada tahun 1786, Tokong Cina itu bertukar menjadi tokong khusus untuk Guan Yin pada tahun 1800; pada masa itu, ia juga mula berfungsi sebagai pengantara neutral antara masyarakat Kantonis dan Hokkien yang bersaing.
Walaupun fungsi tokong yang lebih sekular sejak itu telah diserahkan kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, ia mengekalkan kepentingan keagamaannya dan kekal popular dalam kalangan rakyat Pulau Pinang berketurunan Cina. Ia menjadi pusat tumpuan untuk perayaan Cina seperti hari perayaan tahunan untuk Guan Yin dan Hari Lahir Maharaja Jed (天公诞), menarik penganut dari seluruh Asia Tenggara.