Armada Laut Hitam

Armada Laut Hitam Rusia
Черноморский флот
Lambang Armada Laut Hitam
Aktif13 Mei 1783 – kini
Kesetiaan
Cawangan Tentera Laut Rusia
PerananPeperangan laut;
Operasi ketenteraan amfibia;
Rondaan tempur di Laut Hitam dan menduduki Laut Azov
Saiz25,000 anggota (termasuk marin) (in 2014)
sekitar 50 buah kapal perang permukaan (frigat, korvet, bot peluru berpandu, penyapu ranjau) selain kapal-kapal pendaratan, pembawa bahan api, kapal tunda, penyelidikan, perisikan dan bantuan
6 submarines (2 of which are in the Mediterranean)
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Rusia
PangkalanSevastopol (HQ), Feodosia (Crimea)
Novorossiysk HQ, Tuapse, Temryuk (Krasnodar Krai)
Taganrog (Oblast Rostov)
Peringatan13 May
Pertempuran
Komander
Komander
terkini
Timb. Laksamana Sergei Pinchuk
Komander
terkenal
Grigory Potemkin
Adm. Fyodor Ushakov
Adm. Alexander Menshikov
Adm. Pavel Nakhimov
Adm. Yevgeni Alekseyev
Adm. Andrey Ehbergard
Adm. Alexander Kolchak
Adm. Ivan Yumashev
Adm. Filipp Oktyabrskiy
Adm. Lev Vladimirsky
Fleet Adm. Sergey Gorshkov
Fleet Adm. Vladimir Kasatonov
Adm. Vladimir Masorin
Tentera-tentera laut Rusia

Imperial Rusia

Imperial Rusia (1696–1917)

Kesatuan Soviet

Tentera Laut Soviet (1917–1991)

Persekutuan Rusia

Tentera Laut Rusia (1991–kini)

Armada Laut Hitam (Rusia: Черноморский флот, rumi: Chernomorskiy flot) adalah sebuah armada dalam Tentera Laut Rusia yang berpangkalan di Laut Hitam, Laut Azov dan Laut Mediterranean. Armada Laut Hitam bersama-sama dengan pasukan tentera darat dan udara di Semenanjung Crimea, tertakluk di bawah Daerah Ketenteraan Selatan dalam Angkatan Tentera Rusia. Sejarah armada ini boleh dijejak sehingga waktu penubuhannya oleh Putera Potemkin pada 13 Mei 1783 sebagai sebahagian daripada Tentera Laut Imperial Rusia. Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia mewarisi armada ini pada tahun 1918; ekoran penubuhan Soviet Union pada 1922, ia menjadi sebahagian daripada Tentera Laut Soviet. Berikutan kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991, Armada Laut Hitam dibahagikan antara Persekutuan Rusia dan Ukraine pada 1997, di mana Rusia telah menerima sehingga 82% jumlah kapalnya.

Ibu pejabat dan kemudahan rasmi bagi Armada Laut Hitam terletak di Pangkalan Tentera Laut Sevastopol, Crimea, di mana Rusia mengilhaknya daripada Ukraine pada 2014. Kemudahan armada selebihnya terletak di beberapa lokasi di Laut Hitam dan Laut Azov, termasuk Krasnodar Krai, Oblast Rostov dan Crimea.

Perang Rusia-Ukraine yang berterusan menganggu operasi-operasi penting dan merosakkan kemudahan ekoran serangan peluru berpandu dan kenderaan permukaan tanpa pemandu oleh Ukraine termasuk kapal armada Moskva dan beberapa buah kapal pendaratan. Selain itu, serangan peluru berpandu Ukraine 2023 ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam di Sevastopol; selain satu lagi serangan pada 24 Mac 2024, seorang jurucakap Ukraine mengatakan bahawa mereka telah merosakkan satu per tiga kekuatan armada semasa perang. Pada Jun, Ukraine mengatakan akan kemungkinan mereka telah memusnahkan seluruh keupayaan pembawaan serangan peluru berpandu oleh Armada Laut Hitam yang berpangkalan di Crimea. Pada 2 Ogos, satu lagi serangan peluru berpandu telah menenggelamkan sebuah kapal selam Rusia yang sedang dibaiki.