Pertempuran Prokhorovka
| Pertempuran Prokhorovka | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Pertempuran Kursk di Barisan Barat | |||||||
Panzer Jerman semasa Operasi Citadel. | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
| Jerman Nazi | Soviet Union | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
| Unit terlibat | |||||||
|
Kor II SS-Panzer |
Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal
Tentera Darat Ke-5 Pengawal
Tentera Darat Pertama Kereta Kebal
Tentera Darat Ke-6 Pengawal
69
| ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
Jerman:
|
Soviet:
| ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
Jerman:
|
Soviet:
| ||||||
Pertempuran Prokhorovka telah berlaku pada 12 Julai 1943 berhampiran Prokhorovka, 87 kilometer (54 bt) dari tenggara Kursk, Soviet Union, semasa Perang Dunia Kedua. Bertempat di Barisan Timur, peperangan itu adalah sebahagian daripada Pertempuran Kursk yang lebih luas, dan berlaku apabila Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal dari Tentera Merah Soviet menyerang Kor II SS-Panzer dari Wehrmacht Jerman dalam salah satu pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah ketenteraan.
Pada April 1943, Markas Besar Jerman mula mempersiapkan Operasi Citadel, dengan tujuan untuk melitup dan memusnahkan tentera Soviet dalam kawasan sesusuh Kursk. Markas Tertinggi Soviet, Stavka, mengetahui niat Jerman dan menyediakan garisan pertahanan yang berturut-turut disepanjang laluan penyerangan Jerman yang dirancang. Pihak Soviet juga mengumpulkan beberapa ketumbukan darat jauh kedalam di belakang pertahanan mereka sebagai simpanan. Kumpulan ini, iaitu Barisan Steppe, adalah untuk digunakan bagi melancarkan penyerangan balas mereka apabila kekuatan Jerman telah berkurangan. Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal adalah formasi penyerangan utama Barisan Steppe. Pada 5 Julai 1943 pihak Jerman melancarkan penyerangan mereka. Di sebelah selatan sesusuh tersebut, Tentera Darat Ke-4 Panzer Jerman, bersama Detasmen Ketumbukan Kempf di sebelah rusuk timurnya, menyerang pertahanan Barisan Voronezh Soviet.
Selepas seminggu penyerangan Jerman, pihak Soviet menyerangbalas. Di sebelah selatan sesusuh tersebut yang berhampiran Prokhorovka, Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal bertembung Kor II SS-Panzer dari Tentera Darat Ke-4 Panzer, menyebabkan satu pertempuran besar armor. Tentera Darat Ke-5 Kereta Kebal Pengawal telah musnah dalam serangan itu, tetapi berjaya menghalang Jerman daripada menawan Prokhorovka dan memecah masuk lingkaran pertahanan ketiga untuk mencapai kebebasan operasi. Penyerangan Jerman kemudian dibatalkan dan tentera mereka berundur. Tentera Merah meneruskan penyerangan besar dan merampas inisiatif strategik di Barisan Timur, yang mana ia pegang sepanjang peperangan.