Angkatan Tentera India


Angkatan Tentera India
Bhāratīya Saśastra Senāeṃ

Lambang Angkatan Tentera India
Diasaskan 1947
Bentuk kini 1992
Cabang khidmat Tentera Darat India
Tentera Laut India
Tentera Udara India
Ibu pejabat New Delhi
Kepimpinan
Panglima Angkatan Tentera Presiden Ram Nath Kovind
Menteri Pertahanan Arun Jaitley
Pengerusi Jawatankuasa Ketua Staf Laksamana Sunil Lanba
Usia masuk tentera 18
Pengerahan No
Kakitangan aktif 1,427,258 (Kedudukan ke-2)
Kakitangan simpanan 1,155,000
Perbelanjaan
Bajet Tahun Kewangan 2016: AS$55.9 bilion
(kedudukan ke-5)
Peratusan KDNK Tahun Kewangan 2016: 2.5%
Industri
Pembekal domestik Senarai pembekal tempatan
  • Indian Ordnance Factories
  • Hindustan Aeronautics Limited
  • Bharat Electronics Limited
  • Bharat Earth Movers Limited
  • Bharat Dynamics Limited
  • Mazagon Dock Shipbuilders Limited
  • Goa Shipyard Limited
  • Garden Reach Shipbuilders and Engineers
  • Mishra Dhatu Nigam
Pembekal luar Senarai pembekal luar negara
Import tahunan AS$42.9 bilion (2000–16)
Eksport tahunan AS$314 juta (2000–16)
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan di India
Tentera Darat Kepresidenan
Tentera Darat India British
Tentera Kebangsaan India
Pangkat Darat
Udara
Laut

Angkatan Tentera India (Devanāgarī: भारतीय सशस्त्र सेनाएं, Bhāratīya Saśastra Sēnāēṃ) adalah pasukan bersenjata bagi Republik India yang mana terdiri dari Tentera Darat India, Tentera Laut India dan Tentera Udara India dan pelbagai institusi antara-perkhidmatan yang lain. Dengan kekuatan dianggarkan seramai 1,325,000 anggota, India memiliki anggota tentera ke-2 teramai di dunia. Perkhidmatan bantuan termasuk Pengawal Pantai India, Pasukan Separa Tentera Pusat (CPF) dan Markas Pasukan Strategik. Belanjawan pertahanan rasmi India adalah AS$ 32.35 bilion tetapi perbelanjaan sebenar ke atas angkatan tentera dianggarkan melebihi jumlah tersebut. Dengan pengembangan dan pemodenan yang pesat, Angkatan Tentera India merancang untuk memiliki program angkasa ketenteraan aktif dan kini sedang membangunkan perisai pertahanan peluru berpandu yang berkuasa dan keupayaan triad nuklear.

India sedang berusaha untuk membina rangkaian kabel gentian optik khas, selamat dan terkini bernilai AS$2 bilion atau Rs9,970.16 untuk kegunaan tentera darat, laut dan udara. Ini menjadikan ia sebagai salah satu rangkaian pengguna tertutup terbesar di dunia bagi kegunaan lebih daripada sejuta anggota Angkatan Tentera India.