United Kingdom

Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland Utara
Bendera Jata diraja
Lagu kebangsaanGod Save the King
"Tuhan Selamatkan Raja"
Jata diraja di Scotland
Lokasi the  United Kingdom  (Hijau, dan Merah bagi wilayah-wilayahnya di luar negara)
Ibu negara
dan bandar terbesar
London
51°30′N 0°7′W / 51.500°N 0.117°W / 51.500; -0.117
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Bahasa Inggeris (de facto)
Bahasa daerah serantau
Kumpulan etnik
(2011)
  • 87.1% Putih
  • 7.0% Asia
  • 3.0% Hitam
  • 2.0% Bercampur
  • 0.9% Lain-lain
Agama
(0)0
4
Demonim
Negara gabungan
KerajaanKesatuan berparlimen, raja berperlembagaan
• Raja
Charles III
Keir Starmer
Badan perundanganParlimen United Kingdom
House of Lords
House of Commons
Perkembangan
• Laws in Wales Acts
31 Mac 1542
• Union of the Crowns
24 Mac 1603
• Treaty of Union
22 Julai 1706
• Acts of Union of England and Scotland
1 May 1707
• Acts of Union of Great Britain and Ireland
1 Januari 1801
• Irish Free State Constitution Act
6 Disember 1922
Keluasan
• Jumlah
242,495 km2 (93,628 bt2) (ke-78)
• Perairan (%)
1.51 (2015)
Populasi
• Perkiraan 2021
67,326,569 (ke-21)
• Bancian Penduduk 2011
63,182,178 (ke-22)
270.7/km2 (701.1/sq mi) (ke-50)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$3.752 trilion (8)
$55,301 (ke-26)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$3.376 trilion (ke-6)
$49,761 (ke-25)
Gini (2019) 36.6
sederhana · ke-33
HDI (2021) 0.929
sangat tinggi · ke-18
Mata wangPaun sterling
(GBP)
Zon waktuUTC    (Waktu Min Greenwich, WEB)
• Musim panas (DST)
UTC+1 (British Summer Time, WEST)
Format tarikhdd /mm/yyyyyyyy-mm-dd (AD)
Arah memandukiri
Kod panggilan+44
DPT internet.uk

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Terjemahan terus: Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland Utara) lebih dikenali sebagai Kerajaan Bersatu atau Britain, ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di luar pesisir pantai barat laut tanah besar Eropah.

Kerajaan Bersatu merupakan sebuah bangsa kepulauan yang terbentuk daripada sebuah kepulauan yang terdiri daripada Great Britain, bahagian timur laut pulau Ireland, dan sebilangan besar pulau-pulau kecil termasuklah Isle of Man dan Kepulauan Channel serta Wilayah Luar Negeri British. Ireland Utara ialah satu-satunya wilayah Kerajaan Bersatu yang bersempadan darat dengan negara berdaulat yang lain, iaitu Republik Ireland. Selain sempadan darat ini, Kerajaan Bersatu dikelilingi oleh Lautan Atlantik, Laut Utara, Selat Inggeris, dan Laut Ireland.

Kerajaan Bersatu merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales. Kerajaan Bersatu ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya, dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh. Kerajaan Bersatu mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai Kerajaan Bersatu secara resam. Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.

Kerajaan Bersatu ialah sebuah negara maju yang mencatat ekonomi keenam terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan pariti kuasa beli. Ia merupakan negara berindustri yang pertama di dunia dan juga kuasa terbesar di dunia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, tetapi pengorbanan ekonomi dan sosial akibat dua perang dunia serta kejatuhan empayarnya pada separuh akhir abad ke-20 mengurangkan peranannya sebagai peneraju dalam hal-ehwal dunia. Walaupun begitu, Kerajaan Bersatu kekal masih sebuah kuasa besar yang unggul dalam pengaruh ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, sains dan politik. Kerajaan Bersatu diiktiraf sebagai sebuah negara bersenjata nuklear, sementara perbelanjaan ketenteraannya adalah yang ketiga atau keempat terbanyak di dunia, bergantung pada kaedah pengiraannya. Kerajaan Bersatu merupakan sebuah Negara Anggota Kesatuan Eropah, anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai Negara-Negara Komanwel, G8, G20, NATO, OECD, Majlis Eropah dan WTO.