Kanada

Kanada
كانادا
Bendera Jata
Cogan kataA Mari Usque Ad Mare
(bahasa Latin :“Dari Laut ke Laut”)
Lagu kebangsaanO Canada
Lagu diraja: "God Save the King"
Ibu negaraOttawa
Bandar terbesarToronto
Bahasa rasmiBahasa Inggeris dan Bahasa Perancis
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Inuktitut, Bahasa Inuinnaqtun, Bahasa Nehiyau, Bahasa Dëne Sųłiné, Bahasa Gwich’in, Inuvialuktun, Slavey danTłįchǫ Yatiì
KerajaanDemokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan
• Raja
Charles III
• Gabenor-Jeneral
Mary Simon
Mark Carney
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
• Akta Amerika Utara British
1 Julai 1867
• Statut Westminster
11 Disember 1931
• Akta Kanada
17 April 1982
Keluasan
• Jumlah
9,984,670 km2 (3,855,100 bt2) (2nd)
• Perairan (%)
8.92 (891,163 km2/344,080 mi2)
Populasi
• Perkiraan 2025 Q1
41,528,680 (ke-36)
• Bancian Penduduk 2021
36,991,981
4.2/km2 (10.9/sq mi) (ke-236)
KDNK (PPP)2024
• Jumlah
USD2.582 trilion (ke-16)
USD62,766 (ke-30)
KDNK (nominal)2024
•  Jumlah
USD2.215 trillion (ke-9)
USD53,834 (ke-18)
Gini (2024) 29.2
rendah
HDI (2023) 0.939
sangat tinggi · ke-16
Mata wangDolar Kanada ($)
(CAD)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
UTC−2.5 to −7
Format tarikhdd-mm-yyyy, mm-dd-yyyy, dan yyyy-mm-dd (M)
Arah memandukanan
Kod panggilan+1
DPT internet.ca
Portal Kanada
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Kanada (bahasa Inggeris: Canada, Sebutan: /ˈkænədə/) ialah sebuah negara Amerika Utara yang terdiri daripada sepuluh provinsi dan tiga wilayah. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di barat dan Lautan Artik di utara. Ia merupakan negara kedua paling luas di dunia. Sempadan Kanada dengan Amerika Syarikat di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.

Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum orang asli sejak ribuan tahun dahulu. Bermula pada lewat abad ke-15, misi penjelajahan British dan Perancis menerokai lalu bertempat di sepanjang pantai Atlantik. Perancis menyerahkan hampir kesemua jajahannya di Amerika Utara pada tahun 1763 selepas Perang Tujuh Tahun. Pada tahun 1867, dengan kesatuan tiga jajahan Amerika Utara British secara Gabungan, Kanada dibentuk sebagai sebuah dominion persekutuan empat provinsi. Dengan ini bermulanya pertambahan provinsi dan wilayah serta proses meningkatkan autonomi dari United Kingdom. Peluasan autonomi ini diserlahkan oleh Statut Westminster 1931 dan memuncak pada Akta Kanada 1982, yang memutuskan sisa-sisa pergantungan undang-undang pada parlimen United Kingdom.

Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Raja Charles III selaku ketua negara. Ia merupakan sebuah negara dwibahasa yang menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Sebagai sebuah negara yang amat maju, Kanada mempunyai ekonomi kepelbagaian yang bergantung pada kekayaan sumber alam dan perdagangan, khususnya dengan Amerika Syarikat yang dijalinkan hubungan yang lama dan rumit oleh Kanada. Kanada menganggotai pertubuhan-pertubuhan G7, G8, G20, NATO, OECD, WTO, Negara-Negara Komanwel, Francophonie,OAS, APEC, dan PBB. Dengan mencatat Indeks Pembangunan Insan kelapan tertinggi di dunia, Kanada adalah antara negara yang menikmati taraf hidup yang tertinggi di dunia.