Iran

Republik Islam Iran
جمهوری اسلامی ایران (Parsi)
Jomhuri-ye Eslāmi-ye Irān
Bendera Lambang
Cogan kata
استقلال، آزادی، جمهوری اسلامی
Esteqlāl, Āzādi, Jomhuri-ye Eslāmi
(Untuk Kemerdekaan Kebebasan, Republik Islam)
Lagu kebangsaanسرود ملی جمهوری اسلامی ایران
Sorud-e Melli-ye Jomhuri-ye Eslāmi-ye Irān
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tehran
35°41′N 51°25′E / 35.683°N 51.417°E / 35.683; 51.417
Bahasa rasmiBahasa Parsi
Kumpulan etnik
  • 61% Parsi
  • 16% Azerbaijanis
  • 10% Kurdi
  • 6% Bakhtiari
  • 2% Turkmen
  • 2% Baloch
  • 2% Arab
  • 1% lain-lain
KerajaanRepublik Islam
Ali Khamenei (سید علی خامنه‌ای)
• Presiden
Masoud Pezeshkian (مسعود پزشکیان)
• Naik Presiden
Mohammad Reza Aref (محمدرضا عارف)
• Ketua Parlimen
Mohammad Bagher Ghalibaf (محمدباقر قالیباف)
• Ketua Hakim Negara
Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i (غلامحسین محسنی اژه‌ای)
Badan perundanganMajlis Perundingan Islam
Sejarah Penubuhan
s. 678 BC
550 BC
247 BC
224 AD
• Dinasti Buyid
934
• Safavid Iran
1501
• Dinasti Afsharid
1736
• Dinasti zand
1751
• Qajar Iran
1796
• Pahlavi Iran
15 December 1925
11 February 1979
• Perlembagaan Iran
3 December 1979
• perlembagaan Iran 1989
28 July 1989
Keluasan
• Jumlah
1,648,195 km2 (636,372 bt2) (17th)
• Perairan (%)
1.63 (as of 2015)
Penduduk
• Perkiraan 2019
83,183,741 (17th)
48/km2 (124.3/sq mi) (162nd)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$1.007 trillion (18th)
$11,963 (66th)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$611 billion (21st)
$7,257 (78th)
Gini (2018) 42.0
sederhana
HDI (2019) 0.783
tinggi · 70th
Mata wangRial Iran ریال
(IRR)
Zon waktuUTC+3:30 (IRST)
• Musim panas (DST)
UTC+4:30 (IRDT)
Format tarikhyyyy/mm/dd (SH)
Arah memandukanan
Kod panggilan+98
Kod ISO 3166IR
DPT internet

Iran (Parsi: ايران Īrān) atau secara rasmi Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايران, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam beraliran Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikannya cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Ia merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat dan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.