Afghanistan

Emiriah Islam Afghanistan
  • د افغانستان اسلامي امارت (Pashto)
    Də Afġānistān Islāmī Imārat
  • امارت اسلامی افغانستان (Dari)
    Imārat-i Islāmī-yi Afğānistān
Bendera Jata
Cogan kataلا إله إلا الله، محمد رسول الله
"Lā ʾilāha ʾillā llāh, Muhammadun rasūlu llāh"
"Tiada tuhan melainkan Allah; Muhammad pesuruh Allah. (Syahadah)
Ibu negaraKabul
34°32′N 69°08′E / 34.533°N 69.133°E / 34.533; 69.133
Bandar terbesarKabul, Kandahar
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
Pashtun, Tajik, Hazara, Uzbek, Aimaq, Turkmen, Baloch dan lain-lain
Agama
Islam
DemonimAfghan
KerajaanEmiriah Islam
• Amir
Hibatullah Akhundzada
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Mesherano Jirga
Wolesi Jirga
Pembentukan
• Negara Afghan pertama
April 1709
• Empayar Afghan
Oktober 1747
• Diiktiraf
19 Ogos 1919
Keluasan
• Jumlah
652,864 km2 (252,072 bt2) (41st)
• Perairan (%)
diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2019
33,124,586
• Bancian Penduduk 1979
15.5 juta
43.5/km2 (112.7/sq mi) (150)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$43.27 bilion
$1,306
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$30.62 bilion
$924
HDI (2019) 0.645
sederhana · 169
Mata wangAfghani
(AFN)
Zon waktuUTC+4:30 (D†)
Arah memandukanan
Kod panggilan+93
Kod ISO 3166AF
DPT internet.af افغانستان.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "url"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "title"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "publisher"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "FSI_year"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "archiveurl"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "FSI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "FSI_rank"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "archivedate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "FSI"

Afghanistan /ɑf.ɣɑ.nis.tɑn/ (Pashto/Dari: افغانستان, Afġānistān), ialah sebuah negara dikelilingi daratan yang terletak di dalam Asia Selatan dan Asia Tengah. Ia mempunyai penduduk kira-kira 35.5 juta orang, menjadikannya negara ke-42 yang paling ramai penduduk di dunia. Ia bersempadan dengan Pakistan di selatan dan timur; Iran di barat; Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan di utara; dan China di timur laut jauh. Keluasannya 652,000 km2 (252,000 bt2), menjadikannya negara ke-42 terbesar di dunia.

Habitasi manusia di Afghanistan bermula sejak Era Paleolitik Tengah, dan mempunyai lokasi strategik di Laluan Sutera menghubungkan pelbagai budaya di Timur Tengah dan bahagian lain di Asia. Sepanjang zaman, negara itu telah menjadi rumah kepada pelbagai bangsa dan menyaksikan pelbagai kempen ketenteraan, terutamanya oleh Alexander Agung, Arab Muslim, Mongol, British, Soviet Rusia, dan dalam era moden dengan kuasa-kuasa Barat. Ia juga telah menjadi pusat pelbagai empayar, seperti Kushan, Hun Putih, Samaniyah, Saffariyah, Ghaznawiyah, Ghoriyah, Khilji, Mughal, Hotak, Durrani.

Sejarah politik negara moden Afghanistan bermula dengan dinasti Hotak dan Durrani pada abad ke-18. Pada abad ke-19, Afghanistan menjadi negara penyangga dalam "Permainan Besar" antara British India dan Empayar Rusia. Berikutan Perang Inggeris-Afghan 1919, Raja Amanullah dan Raja Mohammed Zahir Shah cuba memodenkan negara itu. Selepas rampasan kuasa pada 1970-an dan beberapa perang saudara melanda kebanyakan negara, ia diceroboh oleh Soviet pada tahun 1979. Pada 2021, Afghanistan secara de facto kini ditadbir oleh Emiriah Islam Afghanistan yang dikuasai Taliban (Bahasa Pashto: د افغانستان اسلامي امارات, Da Afghanistan Islami Amarat) berikutan kejatuhan Republik Islam Afghanistan yang diakui secara antarabangsa pada 15 Ogos 2021.