Sepanyol

Kerajaan Sepanyol
كراجأن سڤاڽول
Reino de España
Nama-nama lain
Bendera Jata
Cogan kataPlus ultra (Latin)
("Semakin ke Hadapan")
Lagu kebangsaanMarcha Real (Sepanyol)
(English: "Kawad Diraja")
Lokasi  Sepanyol  (hijau gelap)

– di Eropah  (hijau & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Madrid
40°26′N 3°42′W / 40.433°N 3.700°W / 40.433; -3.700
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol
Kerakyatan (2020)
  • 84.8% Sepanyol
  • 15.2% Asing
Agama
(2020)
KerajaanRaja berperlembagaan berparlimen unitari
• Raja
Felipe VI
Pedro Sánchez
Badan perundanganCortes Generales
Senat
Kongres Perwakilan
Pembentukan
• De facto
20 Januari 1479
• De jure
9 Jun 1715
• Perlembagaan pertama
19 Mac 1812
• Perlembagaan kini
29 Disember 1978
• Kemasukan ke EEC
1 Januari 1986
Keluasan
• Jumlah
505,990 km2 (195,360 bt2) (ke-51)
• Perairan (%)
0.89 (2015)
Populasi
• Perkiraan 2023
47,325,360 (ke-31)
94/km2 (243.5/sq mi) (ke-120)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$2.20 trilion (ke-16)
$46,511 (ke-37)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$1.389 trilion (ke-16)
$29,198 (ke-40)
Gini (2021) 33.0
sederhana
HDI (2021) 0.905
sangat tinggi · ke-27
Mata wangEuro (€)
(EUR)
Zon waktuUTC⁠±0 to +1 (Waktu Eropah Barat dan Waktu Eropah Tengah)
• Musim panas (DST)
UTC+1 to +2 (Waktu Musim Panas Eropah Barat dan Waktu Musim Panas Eropah Timur)
Nota: Kebanyakan kawasan Sepanyol menggunakan waktu Tengah, kecuali Kepulauan Canary dengan waktu Barat.
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memanduright
Kod panggilan+34
Kod ISO 3166ES
DPT internet.es

Sepanyol (Jawi: سڤاڽول - Sepanyol: España) atau nama rasminya Kerajaan Sepanyol, ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi.

Negara ini mempunyai kawasan jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balear di Mediteranean, Kepulauan Canaria jauh di Lautan Atlantik, bandar-bandar Ceuta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Perejil.

Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.