Jepun

Jepun
日本国 (Jepun)
Nihon-koku atau Nippon-koku
Bendera Jata
Lagu kebangsaan
君が代 ("Kimigayo")
"Pemerintahan Baginda Diraja"
Menterai Negera:
大日本國璽 (Dai Nihon Kokuji)
"Mohor Kebangsaan Jepun Besar"
  Lokasi Jepun
  Wilayah dituntut tetapi tidak dikawal
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tokyo
35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E / 35.683; 139.767
Bahasa rasmiJepun (de facto)
DemonimJapanese
KerajaanUnitari (Raja berperlembagaan)
• Maharaja
Naruhito (徳仁)
Shigeru Ishiba (石破茂)
Dewan Kaunselor
Dewan Perwakilan
Pembentukan
29 November 1890
3 Mei 1947
Keluasan
• Jumlah
377,975 km2 (145,937 bt2) (ke-62)
• Perairan (%)
1.4
Populasi
• Perkiraan 1 Mac 2024
123,970,000 (ke-11)
• Bancian Penduduk 2020
126,146,099
330/km2 (854.7/sq mi) (ke-44)
KDNK (PPP)2024
• Jumlah
$6.721 trilion (ke-4)
$54,184 (34th)
KDNK (nominal)2024
•  Jumlah
$4.110 trilion (ke-4)
$33,138 (ke-30)
Gini (2018) 33.4
sederhana
HDI (2022) 0.920
sangat tinggi · 24th
Mata wangYen Jepun (¥)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)
Arah memandukiri
Kod panggilan+81
DPT internet.jp

Jepun merupakan sebuah negara pulau di Asia Timur, terletak di Lautan Pasifik di luar pantai timur laut Asia. Ia bersempadan di barat dengan Laut Jepun dan memanjang dari Laut Okhotsk di utara ke Laut China Timur di selatan. Kepulauan Jepun terdiri daripada empat pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu dan ribuan pulau yang lebih kecil di Jepun, meliputi 377,975 kilometer persegi (145,937 bt2). Dengan populasi lebih daripada 125 juta pada tahun 2020, Jepun merupakan negara ke-11 paling ramai penduduk. Tokyo merupakan iobu negaranya dan bandar terbesar. Jepun dibahagikan kepada 47 wilayah pentadbiran dan 8 wilayah tradisional. Kira-kira tiga perempat daripada rupa muka bumi Jepun adalah bergunung-ganang dan berhutan lebat, menumpukan pertanian dan penduduk sangat bandar di sepanjang dataran pantai timurnya. Tokyo Raya merupakan kawasan metropolitan paling ramai penduduk di dunia, dengn lebih daripada 38 juta penduduk pada tahun 2016. Sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik, pulau-pulau Jepun terdedah kepada kemusnahan gempa bumi dan tsunami.