Jerman

Republik Persekutuan Jerman
Bundesrepublik Deutschland
Bendera Jata
Lagu kebangsaanDas Lied der Deutschen
Lokasi Jerman (hijau)
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Berlin
Bahasa rasmiBahasa Jerman[1]
Kumpulan etnik
91% Jerman, 3% Turki, 6% kumpulan minoriti
KerajaanRepublik persekutuan Berparlimen
• Presiden
Frank-Walter Steinmeier
• Kanselor
Friedrich Merz
Pembentukan
962
18 Januari 1871
23 Mei 1949
3 Oktober 1990
Keluasan
• Jumlah
357,021 km2 (137,847 bt2) (ke-63)
• Perairan (%)
2.416
Penduduk
• Perkiraan 2024
84,746,132 (19)
• Bancian Penduduk 2022
82,710,540
234/km2 (606.1/sq mi) (ke-58)
KDNK (PPP)2024
• Jumlah
$6.017 trilion (ke-6)
$70,930 (ke-22)
KDNK (nominal)2024
•  Jumlah
$4.710 trilion (ke-3)
$55,521 (ke-17)
Gini (2023)29.4
rendah
HDI (2023)0.959
sangat tinggi · (ke-5)
Mata wangEuro (€)
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan49
Kod ISO 3166DE
DPT internet.de
  1.   Bahasa Denmark, Jerman Rendah, Sorbia, Roma dan Frisia adalah diiktiraf secara rasmi dan dilindungi oleh ECRML.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "Gini_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "HDI_category"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Jerman atau secara rasminya Republik Persekutuan Jerman Bahasa Jerman: Bundesrepublik Deutschland, IPA: [ˈbʊndəsʁepuˌbliːk ˈdɔʏtʃlant]), ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Negara ini bersempadankan Laut Utara, Denmark dan Laut Baltik di utara; Poland dan Republik Czech di timur; Austria dan Switzerland di selatan; dan Perancis, Luxembourg, Belgium dan Belanda di barat. Negara ini memiliki keluasan sekitar 357,021 km² dan mengalami iklim sederhana bermusim. Dengan lebih 82 juta penduduk, jumlah ini merupakan yang terbesar di dalam Kesatuan Eropah selain kumpulan pendatang antarabangsa ketiga terbesar.

Rekod tentang Germania, iaitu sebuah kawasan yang dihuni oleh orang-orang Jermanik telah dicatatkan sebelum tahun 100 M. Bermula pada abad ke-10 pula, wilayah-wilayah Jerman telah membentuk tulang belakang Empayar Suci Rom yang bertahan sehingga tahun 1806. Ketika abad ke-16, kawasan di utara Jerman menjadi pusat pergerakan Reformasi Protestan. Sebagai sebuah negara bangsa zaman moden, ia kemudiannya disatukan ketika Perang Perancis-Prusia pada tahun 1871. Selepas Perang Dunia II, negara ini telah dipecahkan pula oleh kuasa-kuasa Barat. Akhirnya pada tahun 1990, Jerman Timur dan Jerman Barat telah disatukan semula.

Jerman Barat ialah negara pengasas Komuniti Eropah pada tahun 1957, yang kemudiannya menjadi Kesatuan Eropah pada tahun 1993. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan tanpa sempadan Schengen dan mula menggunakan matawang bersama Eropah, Euro pada tahun 1999. Jerman ialah sebuah republik persekutuan berparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu. Ibu negara ialah Berlin dan kota raya terbesar ialah Frankfurt. Jerman turut menganggotai PBB, NATO, G8 dan telah menandatangani Protokol Kyoto. Ia merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia mengikut KDNK dan pengeksport barang dagangan terbesar pada tahun 2007. Berdasarkan nilai mutlak, Jerman memperuntukkan bantuan pembangunan kedua terbesar di dunia, manakala perbelanjaan ketenteraannya berada di kedudukan keenam. Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Ia memegang kedudukan penting dalam hal-ehwal Eropah dan mengekalkan kerjasama erat pelbagai peringkat di pentas dunia. Di samping itu, Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.