Chile

Republik Chile
ريڤوبليك چيلى
República de Chile
Bendera Jata
Cogan kata
  • "Por la razón o la fuerza" (Sepanyol)
  • "Melalui hak atau kekuatan" 
map
Lagu kebangsaan
Lagu kebangsaan Chile
Chile dalam warna hijau gelap; Wilayah Antartika yang dituntut tetapi tidak diakui ditunjukan dalam warna hijau muda.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Santiagoa
33°26′S 70°40′W / 33.433°S 70.667°W / -33.433; -70.667
Bahasa kebangsaanBahasa Sepanyol
KerajaanRepublik berpelembagaan berpresiden tunggal
• Presiden
Gabriel Boric
Badan perundanganKongres Negara
Senat
Dewan Timbalan
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol
• Kerajaan Junta Pertama
18 September 1810
• Diistiharkan
12 Februari 1818
• Diakui
25 April 1844
• Perlembagaan kini
11 September 1980 (dipinda pada tahun 1989 dan 2005)
Keluasan
• Jumlah
756,096.3 km2 (291,930.4 bt2) (ke-38)
• Perairan (%)
1.07b
Populasi
• Perkiraan 2022
18,430,408 (ke-66)
• Bancian Penduduk 2017
17,574,003 (ke-64)
24/km2 (62.2/sq mi) (ke-198)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$568.319 bilion (ke-45)
$28,526 (ke-64)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$317.594 bilion (ke-45)
$15,941 (ke-62)
Gini (2021) 46
tinggi
HDI (2021) 0.855
sangat tinggi · ke-42
Mata wangPeso
(CLP)
Zon waktuUTC−3 dan −5 (CLT dan EASTc)
Arah memandukanan
Kod panggilan+56
Kod ISO 3166CL
DPT internet.cl
  1. Perundangan berpusat di Valparaíso.
  2. Termasuk Pulau Easter dan Isla Sala y Gómez; tidak termasuk 1,250,000 kilometer persegi (480,000 bt2) wilayah yang dituntut di Antartika.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Chile ([ci.lé]) atau nama rasminya Republik Chile (Bahasa Sepanyol:República de Chile) ialah negara terbesar di Amerika Selatan; ibu negaranya ialah bandar raya Santiago.

Gurun Atacama yang gersang di utara Chile kaya dengan galian, terutamanya tembaga. Kawasan di pusat yang agak kecil menonjol dari segi penduduk dan sumber pertanian, dan merupakan pusat kebudayaan dan politik Chile yang berkembang pada abad ke-19 apabila ia menggabungkan kawasan utara dan selatan. Selatan Chile kaya dengan hutan dan tanah ragut, dan mempunyai deretan gunung berapi dan tasik. Pantai selatan adalah jaringan fiord, teluk, terusan, semenanjung, dan pulau-pulau.

Sepanyol menawan dan menjajah Chile pada pertengahan abad ke-16, menggantikan pemeritahan Inca di utara dan tengah Chile, tetapi gagal untuk menakluk puak-puak Mapuche yang bebas yang terletak selatan tengah Chile. Selepas mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol pada tahun 1818, Chile muncul pada tahun 1830-an sebagai suatu republik autokratik yang agak stabil. Pada abad ke-19, Chile menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan wilayah yang pesat, menamatkan penentangan Mapuche pada 1880-an dan memperolehi wilayah utaranya yang sekarang dalam Perang Pasifik selepas menewaskan Peru dan Bolivia. Dalam tahun 1960-an dan 1970-an, negara ini mengalami suatu polarisasi dan kegawatan politik yang teruk. Perkembangan ini memuncak dengan suatu rampasan kuasa yang menggulingkan Salvador Allende dari kerajaan berhaluan kiri yang dipilih secara demokrasi dan memulakan pemerintahan diktator tentera selama 16 tahun oleh sayap kanan yang mengakibatkan lebih 3,000 orang dibunuh atau hilang. Rejim pimpinan Augusto Pinochet ini berakhir pada tahun 1990 selepas beliau tewas dalam suatu referendum pada tahun 1988 dan pemerintahan beliau telah digantikan oleh gabungan sayap tengah-kiri yang memerintah melalui empat presiden sehingga tahun 2010.