Itali

Republik Itali
ريڤوبليك إيتالي
Repubblica italiana
Bendera Jata
Lagu kebangsaan[Il Canto degli Italiani] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)  
Lagu Rakyat Itali
Lokasi  Itali  (dark green)

– di Eropah  (green & dark grey)
– di Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Rom
Bahasa rasmiItali
KerajaanRepublik berparlimen unitari
• Presiden
Sergio Mattarella
Mario Draghi
Badan perundanganParlimen
Senat Republik
Dewan Rakyat
Pembentukan
• Penyatuan
17 Mac 1861
• Republik
2 Jun 1946
Keluasan
• Jumlah
301,338 km2 (116,347 bt2) (ke-71)
• Perairan (%)
2.4
Populasi
• Perkiraan 2016
60,589,445 (ke-23)
201.3/km2 (521.4/sq mi) (ke-63)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$2.399 trilion (ke-12)
$39,499 (ke-32)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
2.181 trilion (ke-8)
$35,913 (ke-25)
Gini (2016)33.1
sederhana
HDI (2015) 0.887
sangat tinggi · ke-26
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan394
Kod ISO 3166IT
DPT internet.it3
  1. Bahasa Perancis berkongsi taraf rasmi di Lembah Aosta; Bahasa Slovenia berkongsi taraf rasmi di wilayah Trieste dan wilayah Gorizia; Bahasa Jerman dan Bahasa Ladin berkongsi taraf rasmi di wilayah Bolzano-Bozen.
  2. Sebelum 2002, lira Itali. Euro diterima di Campione d'Italia, tetapi matawang rasmi di situ ialah franc Switzerland.
  3. Domain .eu juga digunakan kerana dikongsi bersama negara-negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.
  4. Untuk memanggil Campione d'Italia, perlunya mendail kod Switzerland (+41).
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "nickname(s)"

Itali (bahasa Itali: Italia [iˈtaːlja]) atau nama rasminya Republik Itali (bahasa Itali: Repubblica italiana) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah selatan tengah. Itali bersempadan dengan Perancis, Switzerland, Austria dan Slovenia sepanjang pergunungan Alp di utara; di selatan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Itali, Sicily, Sardinia – dua pulau terbesar di Laut Mediterranean – dan banyak lagi pulau kecil. Negara-negara berdaulat San Marino dan Kota Vatikan merupakan enklaf dalam wilayah Itali, manakala Campione d'Italia merupakan eksklaf Itali di Switzerland. Wilayah Itali berkeluasan 301,338 km2 (116,347 bt2) dan dipengaruhi oleh iklim sederhana bermusim. Dengan 60.4 juta orang penduduk, Itali merupakan negara keenam paling ramai penduduk di Eropah, dan ke-23 teramai di dunia.

Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politik tamadun Barat selama berabad-abad lamanya sebagai ibu kota Empayar Rom. Setelah kejatuhan empayar tersebut, Itali menahan serangan demi serangan daripada bangsa asing, baik puak-puak Germanik seperti Lombard dan Ostrogoth, mahupun Bizantium dan Norman, antara lainnya. Berabad-abad kemudian, Itali menjadi tempat kelahiran Zaman Pembaharuan, sebuah pergerakan cendekiawan yang sangat berhasil dan terbukti penting dalam pembentukan hala tuju pemikiran Eropah pada zaman seterusnya.

Sepanjang sejarahnya pasca Empayar Rom, Itali terpecah-belah kepada berbilang negara dan negeri kota (seperti Kerajaan Sardinia, Kerajaan Dua Sicilia dan Duchy Milan), tetapi akhirnya disatukan pada tahun 1861, ekoran peristiwa pergolakan yang dikenali sebagai "Il Risorgimento" ("Kebangkitan Semula"). Mulai akhir abad ke-19, melepasi Perang Dunia Pertama hinggalah Perang Dunia Kedua, Itali memiliki sebuah empayar jajahan yang menjangkau Libya, Eritrea, Somalia, Habsyah, Albania, Rhodes, Dodecanese dan sebuah tanah konsesi di Tianjin, China.

Negara Itali moden merupakan sebuah republik demokrasi yang menduduki tangga ke-23 negara termaju di dunia dan juga tangga ke-10 Indeks Kualiti Hidup. Itali menikmati taraf hidup yang amat memuaskan serta KDNK per kapita yang tinggi. Itali merupakan negara pengasas pertubuhan yang kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah dan sebahagian Eurozone. Itali juga menganggotai pertubuhan G8, G20 dan NATO. Ia juga mencatat KNDK nominal ke-7 terbesar, KDNK (PPP) ke-10 terbesar dan belanjawan kerajaan keenam terbesar di dunia. Itali juga menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Pertubuhan Perdagangan Sedunia, Majlis Eropah, Kesatuan Eropah Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Itali mempunyai perbelanjaan pertahanan ke-9 terbanyak di dunia dan berkongsi senjata nuklear NATO.

Itali memainkan peranan penting dalam hal-ehwal ketenteraan, kebudayaan dan diplomasi Eropah dan global. Pengaruh politik, sosial dan ekonomi di Eropah menjadikannya sebuah kuasa serantau besar di samping United Kingdom, Perancis, Jerman dan Rusia. Negara ini menikmati mutu pendidikan awam yang tinggi, tenaga kerja yang ramai, serta tarafnya sebagai sebuah negara yang amat terglobal.