Perancis

Republik Perancis
ريڤوبليك ڤرانچيس
République Française
Bendera Lambang negara
Cogan kataLiberté, Égalité, Fraternité
Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan
Lagu kebangsaanLa Marseillaise
Ibu negara
dan bandar terbesar
Paris
Bahasa rasmiBahasa Perancis
KerajaanRepublik Semiberpresiden
• Presiden
Emmanuel Macron
Sébastien Lecornu
Keluasan
• Jumlah
640,679 km2 (247,368 bt2) (42nd)
• Perairan (%)
0.86 (as of 2015)
• Metropolitan France (IGN)
551,695 km2 (213,011 bt2) (50th)
• Metropolitan France (Cadastre)
543,940.9 km2 (210,016.8 bt2) (50th)
Penduduk
• Perkiraan May 2021
67,413,000 (ke-20)
• Kepadatan
104.7109/km2 (106th)
• Perancis Benua, estimate setakat May 2021
65,239,000 (23rd)
116/km2 (300.4/sq mi) (ke-89)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
USD3.232 trilion (9th)
USD49,492 (ke-25)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
USD2.938 trilion (ke-7)
USD44,995 (ke-24)
Gini (2019) 29.2
rendah
HDI (2019) 0.901
sangat tinggi · ke-26
Mata wangEuro (€), CFP franc1
(EUR, XPF)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan33
Kod ISO 3166FR
DPT internet.fr
1di wilayah luar negeri sahaja
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"

Perancis atau nama rasminya Republik Perancis (Perancis: République française [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]) ialah sebuah negara rentas benua menjangkau wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat dan juga pulau-pulau dan wilayah seberang laut yang terletak di benua Amerika dan lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris. 18 kawasan utama Perancis (lima daripadanya terletak di luar negeri) menjangkau keluasan 643,801 km2 (248,573 bt2) dan lebih 67 juta orang penduduk (setakat Mei 2021).

Perancis adalah antara anggota pertama dan utama Kesatuan Eropah, ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, G7 dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.