Belanda

Kerajaan Belanda
كراجأن بلندا
Koninkrijk der Nederlanden
Bendera Jata
Cogan kata"Je Maintiendrai"  
"Ik zal handhaven"  (Belanda)
"Aku akan berdiri teguh"
Lagu kebangsaanWilhelmus
Haiwan kebangsaan: Singa
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Amsterdam3
52°22′N 4°53′E / 52.367°N 4.883°E / 52.367; 4.883
Bahasa rasmiBahasa Belanda2
KerajaanDemokrasi berparlimen
(Raja berperlembagaan)
• Raja
Willem-Alexander
Dick Schoof
Keluasan
• Jumlah
41,865 km2 (16,164 bt2) (ke-131)
• Perairan (%)
18.41
Populasi
• Perkiraan 2025
18136900 (ke-67)
• Bancian Penduduk 2011
16,655,799
423/km2 (1,095.6/sq mi) (ke-16)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
$1.055 trilion (ke-27)
$60,461 (ke-11)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
$1.012 trilion (ke-17)
$58,003 (ke-12)
Gini (2020) 27.5
rendah
HDI (2019) 0.944
sangat tinggi · ke-8
Mata wangEuro (€)5
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan31
Kod ISO 3166NL
DPT internet.nl 6
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"

Belanda (Jawi: بلندا; Belanda: Nederland) atau nama rasminya Kerajaan Belanda (Belanda: Koninkrijk der Nederlanden, "Kerajaan Tanah-Tanah Pamah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat bersempadan maritim dengan United Kingdom. Dari segi pentadbiran pula, ia merupakan negara terbesar dalam Alam Belanda diperintah kerajaan negara tersebut merangkumi tidak sahaja kawasan di benua Eropah malah beberapa pulau Caribbean iaitu Bonaire, Sint Eustatius dan Saba di Laut Caribbean.

Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai Den Haag sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan Den Haag pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.