Switzerland

Gabungan Switzerland
ݢابوڠن سويتزرلند
Schweizerische Eidgenossenschaft (Jr)
Confédération suisse (Pr)
Confederazione Svizzera (It)
Confederziun svizra (Rm)
Confoederatio Helvetica (Lt)
Bendera Jata
Cogan kataUnus pro omnibus, omnes pro uno
(Satu untuk semua, semua untuk satu)
Lagu kebangsaanSwiss Psalm
Ibu negaraBern
Bandar terbesarZurich
Bahasa rasmiJerman, Perancis, Itali, Romansh
KerajaanRepublik persekutuan
Kemerdekaan
• Perairan (%)
4.2
Populasi
• Perkiraan 2020
8,738,791 (ke-99)
• Bancian Penduduk 2015
8,327,126
207/km2 (536.1/sq mi) (ke-48)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
USD739.49 bilion (ke-35)
USD84,658 (ke-5)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
USD841.69 bilion (ke-20)
USD92,434 (ke-7)
Gini (2018) 29.7
rendah
HDI (2021) 0.962
sangat tinggi · pertama
Mata wangFranc Switzerland
(CHF)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan41
Kod ISO 3166CH
DPT internet.ch
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "established_dates"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "leader_names"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "established_events"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "leader_titles"

Switzerland (Jerman: die Schweiz, Perancis: Suisse, Itali: Svizzera, Romansh: Svizra), secara rasminya Gabungan Switzerland (Confœderatio Helvetica dalam bahasa Latin, maka kod negaranya dalam ISO ialah CH), ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang.

Pentadbiran Switzerland terbahagi kepada 26 kanton, enam daripadanya kadang-kadang dianggap sebagai "separuh kanton" kerana berpunca daripada pemisahan tiga kanton dan kesannya cuma berkongsi satu wakil dalam Majlis Negeri-Negeri. Ibu negaranya Bern, manakala bandaraya terbesar ialah Zürich (yang dinobatkan sebagai bandaraya yang kualiti hidupnya terbaik di dunia pada tahun 2006 dan 2007.)

Switzerland bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Switzerland kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara yang neutral tanpa mengira zaman perang atau damai (dan tidak pernah terlibat dalam perang terhadap kuasa asing sejak tahun 1815). Oleh itu, Switzerland dijadikan tuan rumah kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang, meskipun ibu pejabatnya di Bandaraya New York, namun banyak mendirikan jabatan di Switzerland. Switzerland menandakan 1 Ogos 1291 sebagai hari kemerdekaannya; mengikut sejarah negara ini mula-mulanya merupakan satu gabungan, kemudian menjadi persekutuan sejak tahun 1848. 1 Ogos dijadikan cuti umum yang mana bank dan pejabat pos serta juga pejabat pentadbiran awam ditutup.