Argentina

26°15′S 53°38′W / 26.250°S 53.633°W / -26.250; -53.633 (Argentina's easternmost continental point)

Republik Argentina
ريڤوبليك ارݢينتينا
República Argentina (Sepanyol)
Bendera Jata
Cogan kataEn unión y libertad  (Bahasa Sepanyol)
"Dalam Penyatuan dan Kebebasan"
Lagu kebangsaanOid, Mortales
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Buenos Aires
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol
Bahasa umum
KerajaanPersekutuan republik berpresiden
• Presiden
Javier Milei
• Naib Presiden
Victoria Villarruel
• Ketua Jemaah Menteri
Juan Luis Manzur
• Presiden Dewan Rakyat
Martín Menem
• Presiden Mahkamah Agung
Horacio Rosatti
Badan perundanganKongres Kebangsaan
Senat
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol
• Revolusi Mei
25 Mei 1810
• Pengisytiharan
9 Julai 1816
• Perlembagaan
1 Mei 1853
Keluasan
• Jumlah
2,780,400 km2 (1,073,500 bt2) (ke-8)
• Perairan (%)
1.57
Populasi
• Bancian Penduduk 2022
47,327,407 (ke-32)
14.4/km2 (37.3/sq mi) (ke-214)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$1.207 trilion (ke-29)
$26,074 (ke-63)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$630.698 bilion (ke-24)
$13,622 (ke-62)
Gini (2024) 47.9
tinggi
HDI (2021) 0.842
sangat tinggi · ke-47
Mata wangPeso Argentina ($)
(ARS)
Zon waktuUTC−3 (ART)
Format tarikhdd/mm/yyyy (CE)
Arah memandukanan
Kod panggilan+54
Kod ISO 3166AR
DPT internet.ar
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

Argentina ialah sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antara Banjaran Andes di barat dan Lautan Atlantik di selatan. Argentina pada kedudukan permukaannya berada di tempat kelapan.  Ia adalah negara terbesar yang menggunakan bahasa Sepanyol. Oleh sebab lokasinya ia juga dikenali sebagai "Sur del sur" (dalam bahasa Sepanyol bermaksud paling selatan di selatan). Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara kelapan terbesar di dunia, manakala ibu negaranya Buenos Aires adalah salah satu metropolitan yang terpadat di dunia. Negara ini bersempadan dengan Paraguay dan Bolivia di sebelah utara, Brazil dan Uruguay di timur-laut dan Chile di sebelah barat. Ia dipanggil Republik Argentina (Sepanyol: República Argentina), tetapi nama rasminya ialah Negara Argentina (Nacion Argentina).

Negara ini mula dijajah oleh kuasa Sepanyol pada abad ke-16. Argentina bangkit sebagai negara penerus wizurai Río de la Plata, seorang wakil dari Sepanyol di luar negara yang ditubuhkan pada tahun 1776. Deklarasi dan perjuangan untuk kemerdekaan (1810-1818) diikuti oleh perang saudara yang berlanjutan hingga tahun 1861, yang memuncak dengan penyusunan semula negara itu sebagai wilayah persekutuan dengan Buenos Aires sebagai ibu kotanya. Negara selepas itu menikmati keamanan dan kestabilan yang relatif, dengan beberapa gelombang penghijrahan orang Eropah, terutamanya dari Itali dan Sepanyol, secara radikal mengubah budaya dan demografi negara; 62.5% penduduk di sini berketurunan Itali penuh atau sebahagian , dan budaya Argentina mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya Itali.