New Zealand

New Zealand Aotearoa  (bahasa Māori)
Bendera Jata
Lagu kebangsaanGod Defend New Zealand
God Save the King1
Ibu negaraWellington
Bandar terbesarAuckland
Bahasa rasmiBahasa Inggeris3 (98%)11
Bahasa Māori (4.2%)11
Bahasa Isyarat New Zealand (0.6%)11
KerajaanDemokrasi berparlimen (Raja berperlembagaan)
• Ketua Negara
Charles III
• Gabenor Jeneral
Cindy Kiro
Christopher Luxon
Merdeka 
• Tarikh
26 September 19074
• Tugu Westminster
1931
• Kemerdekaan (sepenuhnya)
1947
Keluasan
• Jumlah
268,021 km2 (103,483 bt2) (ke-75)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan Oktober 2025
Templat:Increase neutral Templat:Data New Zealand (ke-121)
• Bancian Penduduk 2018
4,699,755
Error in convert: Value "<strong" must be a number (help) (ke-167)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$205.541 billion
$41,072 (29th)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$193.545 billion
$38,675 (ke-23)
Gini (2019) 33.9
sederhana
HDI (2019) 0.931
sangat tinggi · ke-14
Mata wangDolar New Zealand
(NZD)
Zon waktuUTC+12 (NZST9)
Kod panggilan64
DPT internet.nz10
1 God Save the Queen merupakan lagu kebangsaan rasmi tetapi secara amnya cuma dimainkan di upacara yang berkaitan dengan keluarga atau pihak diraja. 
2 Auckland merupakan kawasan yang paling besar; Bandar raya Auckland merupakan bandar yang paling besar.
3 Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi nyatanya; tetapi bahasa yang lagi dua juga mendapat status rasmi secara undang-undang.
4 Terdapat banyak tarikh yang boleh diambilkira untuk kemerdekaan (lihat Kemerdekaan New Zealand).
5  Jangkaan populasi penduduk New Zealand pada 31 Jun 2008National Population Estimates: June 2008 quarter
6 Bancian New Zealand 2006, kiraan akhir, termasuk pengunjung luar negara. [1]PDF (370 KiB)
7 Tahun 2006 GDP adalah 155.763 bilion NZD 
8  Tahun 2006 GDP per kapita adalah 37,896 NZD.
9 Kepulauan Chatham mempunyai zon waktu yang berbeza, 45 minit lebih awal dari New Zealand.
10 Wilayah Niue, Kepulauan Cook dan Tokelau ada cctld mereka sendiri, .nu, .ck dan.tk.
11 Peratusan yang tidak ditambah kepada 100%, disebabkan setengah penduduk mempunyai kebolehan lebih dari satu bahasa. Ini tidak termasuk kepada yang tidak memberi maklum balas dan mereka yang tidak boleh bertutur (seperti terlalu muda untuk bertutur).Language spoken (total responses) for the census usually resident population count, 2006 (revised 21 December 2006).
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "1 = national_motto "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "2 = leader_title4"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "3 = leader_name4 "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"

New Zealand (Bahasa Māori: Aotearoa) ialah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar yang utama (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan 700 buah pulau kecil lain merangkumi keluasan sejumlah 268,021 kilometer persegi (103,500 bt2) terutama Pulau Stewart/Pulau Rakiura dan Kepulauan Chatham. Pulau-pulau utama New Zealand berkedudukan terpencil kira-kira 2000 kilometer tenggara Australia merentasi Laut Tasman dan 1000 kilometer arah selatan dari New Caledonia, Fiji dan Tonga. Negara ini terangkum dalam suatu alam kerajaan termasuk Kepulauan Cook dan Niue (berkerajaan sendiri tetapi negara bersekutu); Tokelau dan Wilayah tanggungan Ross yang dituntut di benua Antartika.

Disebabkan oleh pengasingannya yang lama, New Zealand mempunyai fauna tersendiri yang didominasi oleh burung, banyak daripadanya telah menjadi pupus selepas ketibaan manusia dan spesies mamalia yang diperkenalkan para peneroka ini. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan Eropah dan etnik peribumi Māori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga menjadi kaum minoriti yang signifikan, terutamanya di bandar-bandar besar.

Raja Charles III sebagai Raja New Zealand, ialah ketua negara yang diwakilkan oleh seorang Gabenor-Jeneral berkecuali dalam ketiadaan baginda, yang sendirinya tidak mempunyai apa-apa pengaruh politik di negara ini. Kuasa politik sebenarnya dipegang oleh Parlimen New Zealand yang dipilih secara demokratik di bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan. New Zealand mempunyai dasar ekonomi terbuka yang terkenal sebagai negara yang mempunyai pasaran paling terbuka ekonomi kapitalis di dunia. Nama Eropah bagi New Zealand ialah Staten Landt, satu nama diberi kepadanya oleh seorang penjelajah Belanda Abel Tasman, orang Eropah pertama yang melihat kepulauan tersebut. Tasman telah mengandaikan bahawa ia merupakan sebahagian daripada benua selatan yang dihubungkan dengan daratan yang dijumpai di dalam tahun 1615 di hujung Amerika Selatan oleh Jacob Le Maire.