Perang Larut

Perang Larut ialah siri empat peperangan yang bermula pada Julai 1861 dan berakhir dengan termeterainya Perjanjian Pangkor 1874. Konflik berlaku dalam kalangan kongsi gelap Cina tempatan atas penguasaan kawasan perlombongan di Perak yang kemudiannya melibatkan pergaduhan antara Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim, menjadikannya perang penggantian.