Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu
Gambar Semenanjung Melayu selintas diambil kakitangan Ekspedisi 28 di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Lokasi semenanjung Tanah Melayu. Warna hijau,biru tua dan ungu ialah wilayah asal orang Melayu yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.
Geography
LokasiAsia Tenggara
Koordinat7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000
Keluasan242,363.8 km2 (93,577.2 bt2)
Pentadbiran

Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايو, , Bahasa Thai: คาบสมุทรกระ RTGSKhābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā]; Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်;) atau Semenanjung Malaka merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Semenanjung ini terbentang dari Tanah Seri, di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Malaysia Semenanjung hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut Melayu di mana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani, Bukit, Ranong, Negara Seri Dharmaraja, Kerambit, Setul, Singgora, Pangan/Takola dan Terang yang kini berada di bawah kerajaan Thailand. Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Negara Seri Dharmaraja dan Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian daripada sistem Banjaran Tanah Seri merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut Melayu terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.