Syarikat Hindia Timur Inggeris

Syarikat Hindia Timur
Nama asliBritish East India Company 
Jenis/bentuk sahAwam
Perusahaan milik negara
IndustriPerdagangan antarabangsa
Ditubuhkan31 Disember 1600 (1600-12-31)
Pengasas
Dibubarkan1 Jun 1874 (1874-06-01)
NasibDimiliknegarakan:
  • Wilayah dan tanggugjawab diserahkan kepada Kerajaan British oleh Government of India Act 1858
  • Dibubarkan oleh East India Stock Dividend Redemption Act 1873
Ibu pejabatEast India House, London, Great Britain
KeluaranKapas, sutera, indigo dye, gula, garam, rempahan, saltpetre, teh, perdagangan hamba and opium
sunting ยท sunting di Wikidata

Syarikat Hindia Timur Inggeris (bahasa Inggeris: British East India Company), kadang-kala dikenali dengan nama "John Company" adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 Disember 1600. Syarikat ini, dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini dibubarkan pada 1874. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.