Najib Razak

Yang Berbahagia Dato' Sri
Najib Razak
DK II (Pahang); SPMK (Kelantan); DMK (Kedah); SSSJ (Perlis); SPSA (Perak); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DP, PNBS (Sarawak); DK (Brunei); OKIS
نجيب رزاق
Potret rasmi, 2009
Perdana Menteri Malaysia ke-6
Dalam jawatan
3 April 2009 – 9 Mei 2018
Raja Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (2011 - 2016)
Sultan Muhammad V (2016 - 2019)
Timbalan Tan Sri Muhyiddin Yassin
(2009 - 2015)
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (2015 - 2018)
Didahului oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
Digantikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P85 Pekan, Pahang
Dalam jawatan
6 Oktober 1986 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohamed Amin Daud
Digantikan olehSh Mohmed Puzi Sh Ali
Majoriti24,859 (PRU-14)
Dalam jawatan
21 Februari 1976 – 29 Mac 1982
Didahului olehAbdul Razak Hussein
Digantikan olehMohamed Amin Daud
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-9
Dalam jawatan
7 Januari 2004 – 3 April 2009
Raja Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Tun Abdul Ahmad Badawi
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
23 September 2008 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Abdullah bin Ahmad Badawi
Digantikan oleh Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului oleh Abdullah bin Ahmad Badawi
Digantikan oleh Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului oleh Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Digantikan oleh Abdullah bin Ahmad Badawi
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului oleh Sulaiman Daud
Digantikan oleh Musa Mohamad
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului oleh Sulaiman Daud
Digantikan oleh Annuar Musa
Menteri Besar Pahang ke-12
Dalam jawatan
4 Mei 1982 – 14 Ogos 1986
RajaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Didahului olehAbdul Rashid Abdul Rahman
Digantikan olehMohd Khalil Yaakob
Anggota Dewan Negeri Pahang
untuk Bandar Pekan
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehShamsiah Abdul Hamid
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Presiden UMNO
Dalam jawatan
2009–2018
TimbalanTan Sri Muhyiddin Yassin (2009-2016)
Ahmad Zahid Hamidi (2016-2018)
Didahului olehAbdullah Ahmad Badawi
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Maklumat peribadi
Lahir
Mohammad Najib bin Abdul Razak

(1953-07-23) 23 Julai 1953
Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (2022-kini)
PasanganTengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (k. 1976; c. 1987)
Rosmah Mansor (k. 1987)
PertalianMohamed Noah Omar (Datuk)
Hussein Awang Mohd Taib (Datuk)
AnakNazifuddin Najib
Nizar Najib
Nooryana Najwa Najib
Norashman Najib
Puteri Norlisa Najib
Ibu bapa
SaudaraJohari Razak (Adik)
Nizam Razak (Adik)
Nazir Razak (Adik)
Nazim Razak (Adik)
KediamanSri Kenangan, Pekan, Pahang, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri
Tempat belajarUniversiti Nottingham
PekerjaanMenteri
Bidang pengkhususanOrang Kaya Indera Shahbandar XI
Tandatangan
Laman webwww.najibrazak.com

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Jawi: محمد نجيب بن عبد الرزاق; lahir 23 Julai 1953) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan bekas Menteri Besar Pahang ke-11. Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara selama 6 tahun di Penjara Kajang atas sabitan kes SRC international.

Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, sebelum menggantikan Abdullah Ahmad Badawi setahun selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya 2008. Sebagai timbalan perdana menteri, beliau dituduh terlibat dalam Pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, tetapi beliau berulang kali menafikan penglibatannya.

Sejak beliau mentadbir kerajaan pada tahun 2009, banyak kejadian serta insiden yang tidak diingini berlaku di arena politik, sosial dan ekonomi tanah air. Selepas pilihan raya 2013, kerajaannya bermula dengan mengejar beberapa pengkritik atas tuduhan menghasut, pemenjaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berikutan sabitan kes liwat, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan skandal berterusan yang melibatkan firma negeri pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada perhimpunan menuntut peletakan jawatan Najib, yang diterajui oleh pergerakan akar umbi Bersih. Protes berakhir dengan Deklarasi Warganegara Malaysia oleh Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan untuk menggulingkan Najib.

Respon Najib kepada tuduhan rasuah adalah mengetatkan cengkaman kuasa dengan menggantikan Timbalan Perdana Menteri, menggantung dua akhbar dan mengusulkan ke parlimen Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang kontroversi yang memberikan Perdana Menteri dengan kuasa belum pernah berlaku sebelumnya. Penurunan dan kenaikan harga minyak serta kesan daripada skandal 1MDB telah membawa kepada susut nilai yang stabil ringgit Malaysia. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional telah dikalahkan buat pertama kali di dalam sejarah negara, memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Najib menerima keputusan pilihan raya dan berjanji akan membantu memudahkan peralihan kuasa.

Pada 3 Julai 2018, Najib ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di kediamannya. Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta. Pada 19 Oktober, Najib memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi 307 alasan beliau sepatutnya dibebaskan daripada semua pertuduhan. Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan itu.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta. Beliau dimasukkan ke Penjara Kajang pada hari yang sama. Pada 12 September, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada Najib, pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa hari ini.