Pilihan raya umum Malaysia 2013

Pilihan raya umum Malaysia 2013

5 Mei 2013

Kesemua 222 kerusi Dewan Rakyat Malaysia
dan 505 kerusi DUN di 12 negeri (kecuali Sarawak)
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
Pengundi hadir84.84%
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Najib Razak Anwar Ibrahim
Parti 99 0
Gabungan BN Pakatan Rakyat
Pemimpin sejak 3 April 2009 28 Ogos 2008
Kerusi pemimpin Pekan Permatang Pauh
Pilihan raya
lepas
140 kerusi, 50.27% 82 kerusi, 46.75%
Kerusi yang
dimenangi
133 89
Perubahan kerusi 7 7
Undian popular 5,237,699 5,623,984
Peratusan 47.38% 50.87%
Peralihan undi 2.89% 4.12%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Mohd Najib bin Abdul Razak
BN

Bakal Perdana Menteri

Mohd Najib bin Abdul Razak
BN


Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 (Tulisan Jawi: ڤيليهن راي عموم مليسيا 2013; PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April jatuh pada hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.

Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.

Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.