Kelantan
Kelantan
Klatè | |
|---|---|
| Kelantan Darul Naim کلنتن دار النعيم | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | کلنتن |
| • Tulisan Thai | กลันตัน (Klạntạn) กือลาแต (Kụ̄x lātæ) |
| • Tulisan Cina | 吉兰丹 atau 吉蘭丹 (Jí lán dān) |
| Nama panggilan: Negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga | |
| Cogan kata: "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan" برسره کڤد توهن کراجاءن کلنتن | |
| Lagu: Selamat Sultan | |
| Koordinat: 5°15′N 102°0′E / 5.250°N 102.000°E | |
| Ibu negeri | Kota Bharu |
| Bandar diraja | Kubang Kerian |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Sistem berparlimen dan raja berperlembagaan |
| • Sultan | Sultan Muhammad V |
| • Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud (PN-PAS) |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 15,040 km2 (5,810 batu persegi) |
| Aras tertinggi | 2,183 m (7,162 ft) |
| Penduduk (2021) | |
| • Jumlah | 1,812,300 |
| • Kepadatan | 120/km2 (310/batu persegi) |
| • Kumpulan etnik | 96.6% Melayu 3.6% Cina 0.5% India 0.6% lain-lain |
| • Demonim | Oghe Klaté Sek Klaté |
| Bahasa | |
| • Rasmi | Bahasa Melayu |
| • Pertuturan |
|
| Penubuhan | |
| • Naungan Siam | November 1786 |
| • Kesultanan Kelantan moden | 1800 |
| • Diserahkan kepada British | 9 Julai 1909 |
| • Pendudukan Jepun | 8 Disember 1941 |
| • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu | 1 Februari 1948 |
| • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
| • Membentuk Persekutuan Malaysia | 16 September 1963 |
| Poskod kebangsaan | 15xxx hingga 18xxx |
| Kod panggilan | 09 |
| Kod ISO 3166 | MY-03 |
| Pendaftaran kenderaan | D |
| IPM (2022) | 0.752 (tinggi) (ke-16) |
| KDNK (2021) | RM25.8 bilion |
| KDNK per kapita (2021) | RM14,683 |
| Laman sesawang | www |
Kelantan (Jawi: کلنتن دار النعيم, sebutan tempatan: Klate, i/klɑːˈtɛ/) atau nama penuhnya Kelantan Darul Naim merupakan sebuah kesultanan dan negeri Malaysia. Kelantan terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, dan berpusat di ibu negeri, Kota Bharu dan bandar diraja Kubang Kerian yang terletak di utara negeri. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi, perkampungan nelayan dan barisan pantai. Kelantan juga menempatkan beberapa penemuan arkeologi paling purba di Malaysia, termasuklah beberapa penempatan orang asli prasejarah. Kelantan turut dikenali dengan beberapa gelarannya yang tersendiri, iaitu Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Serambi Mekah.
Kebudayaan masyarakat Kelantan secara relatifnya agak berbeza dengan kebudayaan Melayu lain di Semenanjung Malaysia, kesan daripada keterasingan dan sebahagian besar gaya hidupnya yang luar bandar. Hal ini dapat dilihat dalam masakan, kesenian dan keunikan bahasa Melayu Kelantan yang tidak mudah difahami dalam bahasa Melayu piawai.
Kelantan berkeluasan 15,040 kilometer persegi dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand di utara, negeri Terengganu di tenggara, Perak di barat dan Pahang di selatan. Di kawasan timur lautnya pula merupakan Laut China Selatan. Kelantan mempunyai hutan hujan tropika yang pelbagai dan beriklim khatulistiwa. Banjaran gunung di negeri ini tergolong dalam Banjaran Titiwangsa, yang merupakan sebahagian daripada Perbukitan Tanah Seri yang merentangi selatan Myanmar, selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Di banjaran ini juga terletaknya titik tertinggi negeri ini, iaitu Gunung Yong Belar yang berketinggian 2,181 meter.