Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Logo SPRM | |
| Intisari kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Oktober 1967 |
Agensi terdahulu |
|
| Jenis | Kerajaan |
Bidang kuasa | Eksekutif |
| Status | SPRM |
| Ibu pejabat | No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya 62250 |
| Kakitangan | 2,937 (2018) |
| Belanjawan tahunan | MYR 242,134 |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Parlimen Malaysia |
| Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Jawi: سوروهنجاي ڤنچڬاهن رسوا مليسيا; disingkat: SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Persekutuan Malaysia, atau singkatannya BPRM atau BPR saja ialah sebuah pertubuhan kerajaan persekutuan yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Selain itu, Mantan Yang di-Pertua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut mengharumkan nama SPRM apabila beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada November 2013.
Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya atas sebab-sebab tertentu. Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru pada 9 Mac 2020.