Perlis

Perlis
Peghelih
Transkripsi lain
 • Jawiڤرليس
 • Cina玻璃市
 • Tamilபெர்லிஸ்
Perlis (Transliterasi)
 • Thaiปะลิส
Lagu: Amin, Amin, ya Rabaljalil
امين امين يا رب الجليل
   Perlis dalam    Malaysia
OpenStreetMap
Koordinat: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E / 6.500; 100.250
Negara Malaysia
Ibu negeriKangar
Bandar dirajaArau
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan berparlimen
 • RajaTuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
 • Menteri BesarMohd Shukri Ramli
(PN–PAS)
Keluasan
 • Jumlah819 km2 (316 batu persegi)
Aras tertinggi
(Gunung Perlis)
733 m (2,405 ft)
Penduduk
 (2023)
 • Jumlah292,700
 • Kepadatan360/km2 (930/batu persegi)
State Index
 • IPM (2023) 0.770 (tinggi) (14th)
 • KDNK (2019) RM 6.518 billion ($1.564 billion) (Ke-10)
 • Per kapita (2019) RM 25,656 ($6,157) (Ke-15)
Poskod
01xxx to 02xxx
Kod panggilan04
Kod ISO 3166MY-09
Pendaftaran kenderaanR
Penubuhan Kota Sena sebagai ibu negeri Kedah1653
Negeri lindungan Siam di bawah pemerintahan Raja Long Krok1839
Kerajaan terbentuk apabila Syed Hussain ditabal sebagai Raja oleh Siam20 April 1843
Bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu1 Februari 1948
Merdeka sebagai sebahagian daripada Persekutuan31 Ogos 1957
Laman sesawangwww.perlis.gov.my www.perlisroyalty.gov.my

Perlis (Jawi: ڤرليس‎, Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis) merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.

Pusat pentadbiran bagi negeri Perlis ialah Kangar, dan bandar dirajanya ialah Arau. Antara bandar dan pekan utama lain di Perlis termasuklah Padang Besar dan Kuala Perlis.

Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan Bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.