Menteri

Menteri (Jawi: منتري serapan Sanskrit: मन्त्रिन्, rumi: mantrin) ialah seorang ahli politik yang mengetuai sesuatu jabatan bagi kerajaan sesebuah negara atau negeri.

Antara gelaran lain yang serupa ialah nayaka (Jawi: نياک‎ serapan Sanskrit: नायक, rumi: nāyaka) yang didapati dalam seberapa kerajaan tertentu seperti kerajaan Sriwijaya dan Surakarta berperanan sebagai bupati menasihat raja dan mengutip cukai rakyat. Ia masih dipakai entiti tertentu seperti Kesultanan Yogyakarta Hadiningrat (bahasa Jawa: ꦤꦪꦏ) dan Kerajaan Thailand (diserap dalam Bahasa Thai menjadi นายก nayok – yakni นายกรัฐมนตรี Nayok Ratthamontri "Perdana Menteri").