Brunei

     
Negara Brunei Darussalam
  • نݢارا بروني دارالسلام (Tulisan Jawi)
Bendera Jata
Cogan kata"الدائمون المحسنون بالهدى"
"Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk (Allah)"
Lagu kebangsaanAllah peliharakan Sultan / الله ڤليهاراکن سلطان
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Seri Begawan (باندر سري بڬاون) 4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E / 4.89028; 114.94222
Bahasa rasmiBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa lainnya
dan dialek tempatan
Agama
(2021)
DemonimOrang Brunei
KerajaanMonarki mutlak islam
• Sultan
Hassanal Bolkiah
• Putera Mahkota
Al-Muhtadee Billah
Abdul Aziz Juned
Pendirian
• Brunei Kuno
518
1368
Abad 14 - Abad 20
1 Januari 1984
Keluasan
• Jumlah
5,765 km2 (2,226 bt2) (ke-172)
• Perairan (%)
8.6
Penduduk
• Perkiraan 2020
460,000 (ke-175)
• Bancian Penduduk 2014
411,900
71.4/km2 (184.9/sq mi) (ke-134)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$32,111.3 bilion
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$20.092 bilion
$39,355
HDI (2022) 0.823
sangat tinggi · ke-55
Mata wangRinggit Brunei (ريڠڬيت بروني)
(BND)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Brunei Darussalam)
Kod panggilan673
Kod ISO 3166BN
DPT internet.bn
 a. Juga 080 dari Malaysia.

Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلام) atau Negara Brunei, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) atau Brunei., Brunei Darussalam atau Nation of Brunei, the Abode of Peace (Bahasa Inggeris) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia iaitu Bahagian Limbang. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo dan juga sebahagian daripada gugusan kepulauan Filipina.

Brunei , atau Brunei Darussalam, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negera yang penting. Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan dikelaskan sebagai negara maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagi keluaran dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.