Menteri Pertahanan Malaysia

منتري ڤرتاهنن
Penyandang
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
sejak 12 Disember 2023 (2023-12-12)
Kementerian Pertahanan
GelaranYang Berhormat Menteri
Anggota bagiKabinet Malaysia
Lapor kepadaParlimen Malaysia
Bidang kuasaMalaysia
InstitusiKementerian Pertahanan Malaysia
PusatKuala Lumpur
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia
Dibentuk31 Ogos 1957 (1957-08-31)
Pemegang pertamaTun Abdul Razak Dato' Hussein (sebagai Menteri Pertahanan)
Tapak webwww.mod.gov.my
sunting · sunting di Wikidata

Menteri Pertahanan Malaysia ialah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Menteri pertahanan akan menguruskan hal berkaitan pertahanan Malaysia. Menteri Pertahanan yang terkini ialah Dato Seri Mohamed Khaled Nordin sejak 12 Disember 2023.

Pemegang jawatan ini disediakan dengan kawalan motor polis trafik pengiring dan kawalan rapat oleh Unit Tindakhas.