Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو | |
|---|---|
| Nama bahasa Cina | 砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng |
| Nama bahasa Inggeris | United Bumiputera Heritage Party |
| Singkatan | PBB |
| Presiden | Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg |
| Pengerusi | Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar |
| Setiausaha agung | Alexander Nanta Linggi |
| Setiausaha am | Dato' Sri Alexander Nanta Linggi |
| Jurucakap | Dato' Sri Abdul Karim Rahman Hamzah |
| Timbalan Presiden | Datuk Amar Douglas Uggah Embas Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan |
| Naib Presiden | Dato' Sri Fadillah Yusof Dato' Sri Dr. Stephen Rundi Utom Dato' Sri Julaihi Narawi Dato' Gerawat Gala Dato' Gerald Rentap Jabu Datuk Len Talif Salleh Datuk Dr. Annuar Rapaee Dato' Ibrahim Baki |
| Ketua Wanita | Dato' Sri Hajah Fatimah Abdullah |
| Ketua Pemuda | Datuk Maclaine Ben |
| Bendahari | Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi |
| Pengasas | Tun Temenggong Jugah Barieng |
| Diasaskan | 5 Januari 1973 (Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA) |
| Disahkan | 30 April 1973 |
| Penggabungan | Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3 |
| Ibu pejabat | Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, Kuching, Sarawak |
| Akhbar | • Jiwa Bakti • Media GPS (TikTok rasmi) |
| Sayap pelajar | Gerak PBB 1828 |
| Sayap belia/pemuda | Armada Pemuda PBB |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBB |
| Keanggotaan | 452,637 (Oktober 2025) |
| Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Demokrasi konservatif • Patriotisme • Hak Bumiputera Sarawak • Membanteras rasuah • Membanteras budaya politik wang • Membanteras jenayah • Rakyat berbilang kaum • Membasmi kemiskinan • Kuasa politik rakyat • Perjuangan hak MA63 • Hak ekonomi Sarawak • Sekularisme negeri • Hak politik orang muda • Hak golongan wanita • Hak kebajikan rakyat |
| Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
| Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (1973–2018), (2020–2022) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (masih aktif) |
| Warna | Kuning, merah, putih dan hitam |
| Slogan | • Berkorban Bersatu • Bersatu, Bersetia, Berkhidmat • Bersatu untuk Kemakmuran Sarawak |
| Lagu | March PBB (PBB March; Official anthem) Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement) |
| Tapak sesawang | pbb |
| Dewan Negara: | 4 / 70
|
| Dewan Rakyat: | 14 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 47 / 82
|
| Simbol pilihan raya | |
| Catatan kaki | |
| 1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. 2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu. 2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh. | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik pelbagai kaum, multi-agama, dan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara PDP, SUPP, dan PRS, sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).