Sah (dewa)

Sah
Sah ialah "Bapa para dewa", dan personifikasi Buruj Belantik dan Arnab.
Nama dalam hieroglif
Simbolbintang
PasanganSopdet (bintang Sirius)
AnakSeptu

Sah (sꜣḥ) ialah seorang dewa dalam agama Mesir Purba, mewakili bintang-bintang dalam buruj Belantik dan Arnab, serta bintang yang terdapat dalam beberapa buruj moden yang berdekatannya.

Isterinya ialah Sopdet, juga dikenali dengan nama Yunani kuno sebagai Sothis, dewi bintang Sirius. Sah mula dikaitkan dengan dewa yang lebih penting, Osiris, dan Sopdet dengan isteri Osiris, Isis.

Sah sering digelar "Bapa Para Dewa" dalam Teks Piramid Kerajaan Lama. Firaun dipercayai akan pergi ke Belantik selepas mangkat.